Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Peranan jururawat dalam menyumbang kepada masyarakat dan insan tersayang

Aug 28, 2023 | 06:00 AM



Sebagai seorang mahasiswi kejururawatan Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Nur Izzah Muhd Aziz, dapat menyelami perjalanan dan perubahan dalam bidang kejururawatan, dari tempoh pra-Covid-19 hingga pasca-Covid-19.

Berkongsi pengalamannya, Cik Nur Izzah semasa berucap meraikan Hari Jururawat anjuran Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) pada 11 Ogos menyatakan:

“Bidang kejururawatan telah membentuk pandangan dan pemahaman dalam memberikan bantuan kepada masyarakat dan insan tersayang.

“Kami menyaksikan bagaimana hospital dengan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan yang pantas berubah, bagaimana jururawat di wad kami tanpa henti menjaga pesakit-pesakit. Dan tidak kami lupakan para pensyarah yang telah menyesuaikan kurikulum pengajian kami.

“Perjalanan kejururawatan ini telah membuat saya sedar betapa berharganya pendidikan kejururawatan, bagaimana ia membolehkan kami memperluas keupayaan dan pandangan kami dalam memberikan bantuan kepada masyarakat dan insan tersayang.”

Cik Nur Izzah mengambil dua pengalaman sebagai contoh yang memberi kesan mendalam dalam perjalanan beliau.

“Pada tahun kedua, semasa tempoh Covid-19 di mana pembelajaran utama dijalankan melalui wadah Zoom, saya menjadi salah seorang penjaga utama kepada datuk saya yang hampir ke penghujung hayatnya.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan terhad yang saya ada pada masa itu, saya masih bersyukur kerana dapat menjaga kegiatan harian beliau dan mengawasi ubat-ubatannya.

“Saya percaya ini adalah anugerah daripada Allah yang menunjukkan kepada saya jalan kejururawatan ini, yang terasa sangat bermakna,”

Cik Nur Izzah turut berkongsi pengalaman semasa latihan praktikal terakhirnya.

Ketika itu, beliau ditempatkan dalam pasukan penjagaan masyarakat yang menjalankan pemeriksaan kesihatan dan lawatan ke rumah bagi pesakit untuk membantu mereka pulih dalam persekitaran komuniti selepas rawatan hospital.

“Dengan menjadi titik hubungan utama bagi pesakit-pesakit, ini menunjukkan betapa pentingnya peranan jururawat dalam memberikan harapan dan bantuan profesional kepada masyarakat,” ujarnya.

Majlis Hari Jururawat itu juga turut menjadi wadah bagi jururawat untuk membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan, peningkatan kemahiran, serta peranan mereka dalam program kesihatan bagi mendampingi masyarakat.

Ia dijalankan dengan semangat untuk meneruskan tradisi peningkatan dan perkembangan dalam kerjaya kejururawatan.

Para jururawat yang turut hadir di majlis tersebut berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman mereka berkaitan perkembangan pendidikan dalam bidang kejururawatan.

Penglibatan dalam kursus-kursus pembelajaran lanjutan dan program peningkatan kemahiran merupakan agenda penting bagi jururawat untuk memastikan mereka sentiasa memperolehi pengetahuan terkini dan terus mengasah kemahiran yang bermutu dalam memberikan khidmat kesihatan.

Golongan jururawat telah turut dibawa berbincang tentang pengalaman mereka dalam seminar dan forum kesihatan anjuran MHPA sejak penubuhannya pada 2004.

Program-program itu memberikan peluang kepada jururawat untuk berkongsi maklumat, pengetahuan dan amalan terbaik dalam memberikan khidmat kesihatan kepada masyarakat.

Golongan jururawat yang hadir di majlis itu telah menegaskan komitmen mereka terhadap pendidikan berterusan, peningkatan kemahiran, dan penglibatan aktif dalam program pendampingan masyarakat.

Semangat untuk terus berinovasi dan meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya kejururawatan terus disentuh dalam setiap perbincangan dan perjumpaan yang diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >