Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Perjalanan emosi jemaah haji di Makkah

Jun 16, 2023 | 02:34 PM



Emosi adalah fenomena kompleks dalam kehidupan manusia.

Daripada menangis hingga ketawa; daripada marah hingga sedih; daripada takut hingga cemburu, semuanya merupakan contoh emosi dan perasaan yang sering dialami oleh individu normal.

Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Setiap individu cenderung mengalami emosi positif dan negatif.

Ketika menjalani ibadah haji di Makkah, emosi yang dialami oleh individu menjadi dinamik dan berbeza-beza.

Dengan jumlah jemaah yang sebegitu ramai, kegiatan yang padat serta rintangan yang dihadapi menyebabkan jemaah haji mengalami perubahan emosi yang berterusan.

Mereka mengalami pelbagai bentuk emosi, baik yang positif mahupun negatif. Namun, adalah penting untuk diingat bahawa bentuk emosi ini tidak kekal atau berterusan. Ia dialami dalam situasi atau keadaan tertentu.

Emosi berubah-ubah

Semasa ibadah haji, jemaah haji boleh mengalami emosi positif seperti kegembiraan, kekaguman dan rasa syukur.

Ketika pertama kali melihat Kaabah, mereka mungkin mengalami keharuan yang mendalam. Pengalaman itu dapat memperkuat ikatan rohani mereka dan memberi mereka rasa insaf yang mendalam.

Selain itu, interaksi dengan jemaah haji dari berbagai negara dan budaya pula dapat membawa perasaan persaudaraan dan saling menghormati dalam kalangan umat Islam.

Selama musim haji, jemaah haji dari pelbagai pelosok dunia berkumpul memberi mereka kesempatan untuk berinteraksi dengan individu dari pelbagai bangsa dan negara.

Namun, situasi ini cenderung menciptakan stereotaip terhadap suatu bangsa atau rakyat negara tertentu.

Misalnya, ketika jemaah haji diperlakukan secara kasar oleh seseorang yang bukan dari negaranya, hal ini dapat menyebabkan anggota jemaah menjadi marah, tidak menyukai dan memiliki pandangan negatif terhadap bangsa atau rakyat asing tersebut.

Dalam masa yang sama, ia juga berpotensi mengganggu kegiatan ibadah mereka.

Di sisi lain, terdapat pula, emosi negatif yang dialami oleh jemaah haji.

Ketika berada dalam perhimpunan besar dan padat, atau menghadapi kesukaran semasa menjalankan kegiatan beribadah, mereka mungkin berasa letih, gelisah atau bingung.

Rintangan tersebut dapat menyebabkan ketidakpastian dan kecemasan. Mereka juga mungkin berasa keterasingan sosial atau ketidakselesaan dalam persekitaran asing.

Pengalaman ibadah haji membawa perubahan emosi yang pelbagai kepada jemaah haji. Mereka mengalami emosi positif dan negatif, bergantung kepada situasi dan keadaan yang mereka hadapi.

Pengalaman spiritual

Ibadah haji bukan hanya sekadar rukun agama, ia juga merupakan perjalanan emosi yang mendalam.

Jemaah haji melalui rangkaian emosi yang dinamik sepanjang perjalanan mereka di Makkah, yang membentuk pengalaman spiritual yang unik dan berkesan bagi mereka.

Pengalaman-pengalaman emosi yang sering dialami oleh seseorang jemaah adalah seperti rasa takut, cemas dan bimbang.

Ketiga-tiga bentuk perasaan itu adalah sangat penting untuk menguji dan menilai seseorang jemaah.

Selain itu, manusia juga mengalami perasaan rasa bersalah apabila melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, seperti melanggar peraturan yang ditetapkan dan sebagainya.

Sebagai manusia biasa, manusia juga cenderung mengalami perasaan berbentuk negatif seperti sedih dan murung.

Kedua-dua bentuk emosi itu akan mengganggu dan menjejas kegiatan harian individu yang mengalaminya.

Perasaan marah merupakan suatu bentuk reaksi yang disebabkan oleh beberapa rangsangan atau situasi seperti ancaman, sifat agresif secara langsung, serangan verbal, kekecewaan dan sebagainya

Jadual kegiatan yang sarat dan jumlah jemaah haji yang ramai dari seluruh dunia menyebabkan jemaah haji mengalami pelbagai situasi seiring perubahan emosi.

Namun, bentuk emosi yang dialami tidaklah konsisten sepanjang waktu. Hal ini disebabkan oleh perubahan dalam kegiatan, situasi dan individu yang berinteraksi dengan mereka.

Selama menjalankan ibadah haji, jemaah haji menghadapi pelbagai pengalaman emosional yang bersifat positif maupun negatif.

Secara umum, mereka mengalami emosi seperti kegembiraan, rasa syukur, kegembiraan, kebahagiaan, kemarahan, rasa tidak senang, kesedihan, kebencian dan sebagainya.

Misalnya, kemungkinan besar jemaah haji akan mengalami emosi positif seperti kegembiraan, rasa syukur, kegembiraan dan kebahagiaan ketika berada di kawasan Kaabah.

Selama waktu itu, tingkat kerohanian mereka juga meningkat dan mereka memiliki pandangan positif.

Ketika melakukan tawaf, misalnya, mereka mungkin ditolak oleh jemaah lain dalam proses mengerjakan tawaf. Pada saat itu, tingkat emosi jemaah haji tersebut boleh beralih menjadi negatif seperti kemarahan, rasa tidak senang dan kebencian terhadap situasi yang mereka alami.

Pengalaman emosi yang dialami oleh jemaah haji biasanya bersifat sementara. Apabila mereka mengingatkan diri bahawa tujuan mereka ke sana adalah kerana Allah swt, maka emosi berbentuk negatif yang dialami itu dapat dikurangkan.


Bagaimanapun, jemaah haji ke Makkah untuk menunaikan haji bolehlah dikatakan berjaya menyelesaikan ibadah mereka walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan atau emosi yang kurang selesa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >