Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Perlu lebih bantuan jagaan paliatif khusus bagi pesakit Melayu/Islam

Jul 15, 2023 | 05:31 AM



Tugas mengendali kes pesakit anggota masyarakat Melayu/Islam yang berada di penghujung hayat bukan senang.

Selain cabaran emosi, fizikal, sosial dan kewangan yang dihadapi pesakit dan penjaga, juga terdapat soal kerohanian, agama dan ketaatan terhadap orang tersayang.

Demikian dikongsi Cik Noorsyafiaton Shahrun, 38 tahun, petugas sosial daripada badan bantuan pesakit barah Melayu/Islam, Persatuan Ain, yang menyandang jawatan sebagai pengarah Pusat Penjagaan Barah Serenity kendalian persatuan itu.

Beliau telah bertugas di persatuan itu sejak 15 tahun lalu dan telah melihatnya berkembang sehingga kini.

Menurutnya, lebih ramai orang dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam sedar terhadap jagaan paliatif – iaitu penjagaan peringkat kehidupan lanjut di fasa penghujung nyawa.

Oleh itu, lebih banyak usaha pula perlu diperuntuk dalam melatih dan menawarkan bantuan khusus bagi pesakit dalam golongan ini, katanya.

“Pandangan saya ini sedikit daripada pengalaman peribadi dan juga rata-rata cabaran yang kami hadapi dalam tugas apabila kami mendekati pesakit untuk menyalurkan bantuan kepada mereka,” ujar Cik Noorsyafiaton sebagai permulaan perkongsiannya.

“Selain aspek fizikal iaitu kesakitan yang dialami dan rawatan perubatan secara kerap, cabaran emosi di mana pesakit dan penjaga belum boleh lagi dapat menerima prognosisnya dan kewangan, juga terdapat aspek kerohanian dan ketaatan kepada orang tersayang.”

Sebagai contoh, apabila disentuh tentang jagaan paliatif, ada soalan yang timbul sama ada pesakit itu boleh mendirikan solat di rumah jagaan atau tidak.

“Ada juga soalan tentang jantina jururawat dan aurat apabila hendak memilih jagaan paliatif di rumah sendiri atau pusat jagaan.

“Lebih membingungkan keadaan itu, bagaimana pula dengan keadaan di mana penjaga tidak berupaya menjaga pesakit, seperti mengalami penyakit kronik, tidak mempunyai anak dan sebagainya, yang membuat penjagaan di rumah mustahil,” kata Cik Noorsyafiaton.

Selain itu, terdapat juga golongan penjaga, seperti anak pesakit, yang berasa ia tanggungjawab mereka untuk “menelan sepenuhnya” beban menjaga orang tersayang, ujar beliau.

“Ini adalah antara realiti yang dihadapi pesakit masyarakat kita, yang membuat kedua-dua pesakit dan penjaga rasa ragu-ragu apabila hendak menerima kaedah jagaan paliatif meskipun ia sebenarnya akan memanfaatkan mutu kehidupan mereka di peringkat itu,” tambahnya.







Antara lain, tugas Cik Noorsyafiaton juga melibatkan menguruskan pekerja sosial lain di bawah penyeliaannya.

Beliau juga menganjurkan sesi perkongsian di Pusat Penjagaan Barah Serenity di Haig Road yang turut menawarkan sokongan khusus kepada golongan pesakit barah tertentu.

Cik Noorsyafiaton berkata beliau mengalu-alukan sokongan pemerintah dalam menawarkan lebih banyak bantuan kepada jagaan paliatif seperti meningkatkan subsidi dan melaraskan had tuntutan MediShield Hayat bagi penjagaan paliatif di hospital.


“Ini satu isyarat bahawa pihak berkuasa memahami keadaan golongan ini dan sedar terhadap cabaran yang dihadapi mereka,” tambah Cik Noorsyafiaton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >