Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Pesakit barah muda, yang terselamat lebih berisiko murung, rasa resah: Kajian

Jul 24, 2023 | 05:31 AM



Pada usia 11 tahun, Encik Firdaus Mohd Abdullah, berasakan dunianya seperti sudah terbalik apabila disahkan menghidapi leukemia limfoblastik kritikal, sejenis penyakit barah.

Pada 2003, anak muda itu tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila beliau merasakan perjalanan pulang dari sekolah seperti maraton dan ia membuatnya lemah dan mabuk.

Beliau mendapati kakinya mempunyai bintik-bintik merah setibanya di rumah, tetapi kurang pasti kenapa.

Beliau dibawa ke hospital, di mana para doktor menyampaikan berita tersebut.

Katanya, “Ibu bapa saya menangis. Hati mereka hancur.”

Yang Encik Firdaus boleh fikirkan ialah bagaimana untuk kembali sembuh supaya beliau boleh pulang ke sekolah, bersama kawan-kawannya dan hidup seperti “normal”.

Tetapi, beliau tidak dapat menikmati kehidupan itu.

Rawatan-rawatan itu membuatnya cepat marah. Beliau kecewa tidak dapat pergi ke sekolah selama tujuh bulan, dan tidak dapat bermain sepak takraw membuatnya terpinga-pinga.

Anak muda itu masih berjaga-jaga – walaupun tidak percaya – apabila doktor memberitahunya bahawa beliau telah sembuh daripada penyakit barah selepas dua tahun.

Setelah 18 tahun menghidapi barah, Encik Firdaus, 31 tahun, kini boleh tersenyum lebar, lapor The Straits Times (ST).


Berdasarkan satu penemuan baru, diagnosis barah, yang merupakan tempoh trauma bagi ramai orang, boleh menyebabkan kesan psikologi berpanjangan dalam kalangan pesakit muda termasuk mereka yang sudah sembuh.

Pasukan di Universiti Nasional Singapura (NUS) meneliti dan menganalisis 52 kajian antarabangsa mengenai kesan psikologi dan kematian akibat bunuh diri dalam kalangan lebih 20,000 pesakit barah yang muda serta mereka yang sudah sembuh.

Kajian menunjukkan pesakit barah dalam lingkungan usia – kanak-kanak, remaja dan anak muda – serta mereka yang telah sembuh, berhadapan dengan risiko lebih tinggi sepanjang hayat untuk mengalami kemurungan, keresahan dan penyakit mental meskipun setelah pulih daripada barah.

Risiko itu lebih tinggi berbanding adik-beradik mereka serta individu lain yang tidak menghadapi barah.

Risiko kemurungan dan keresahan khususnya lebih tinggi bagi mereka yang berusia 30 dan 25 tahun.

Kajian itu juga mendapati kumpulan tertentu – mereka yang didiagnosis menghidapi barah pada usia lewat remaja – antara 15 dengan 19 tahun – mempunyai risiko lebih tinggi meninggal dunia akibat bunuh diri. 

Penolong Profesor, Dr Cyrus Ho, dari Jabatan Perubatan Psikologi di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS berkata: “Menerima diagnosis barah, menjalani rawatan dan cuba sembuh daripada barah secara keseluruhan adalah proses mencabar bagi pesakit barah, malah bagi mereka yang sudah sembuh.

“Bagi remaja dan anak muda, proses ini bermakna kehilangan peluang kehidupan, kerana mereka terlepas interaksi sosial dan pendidikan yang dianggap pengalaman pembangunan genting dalam tempoh mereka membesar.”

Beliau menambah, golongan itu juga melalui perubahan dari segi penampilan, amalan diet dan gaya hidup – semuanya merupakan penyesuaian sukar untuk dilaksanakan, pada usia di mana rakan sebaya menikmati kebebasan untuk menerokai kehidupan mereka.

Pendidikan dan pendapatan lebih tinggi seiring sokongan sosial kukuh adalah faktor yang didapati boleh mengurangkan risiko kemurungan dan kebimbangan.

Encik Firdaus berkata beliau bekerja keras untuk kekal kuat dan optimistik.

Bapa seorang anak satu itu kini berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi di Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC), sebuah agensi khidmat sosial bagi mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Alumni Perubatan NUS dan penulis pertama kajian, Dr Ainsley Ryan Lee, berkata: “Tatkala kita menumpukan usaha kepada rawatan barah, adalah penting untuk mengenal pasti (kesan barah) secara lebih luas dan bagaimana ia boleh menjejas kehidupan pesakit.”

Beliau menambah, ini termasuk gejala kesihatan mental yang mungkin bermula semasa proses rawatan dan juga selepas mereka sembuh.

“Mengenal pasti dan mengurus kesan psikologi di peringkat awal adalah genting dalam memberikan penjagaan holistik kepada pesakit barah,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >