Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Tingkat kesedaran, kumpul dana sebagai peringatan anak meninggal dek barah

Jul 15, 2023 | 05:30 AM



Kesan akibat pemergian anaknya memang amat dirasakan.

Sebagai merawat hatinya yang pilu itu, Cik Nur Haslindah Hassan, 45 tahun, berserta keluarganya mengadakan usaha mengumpul dana pada tarikh ulang tahun arwah anak bongsunya itu bagi dua badan amal.

Sejak pemergian Mohamad Aryan Haqim Mohamad Nazri pada 12 November 2021, ibu tiga anak itu, bersama keluarganya telah berjaya mengumpul sekitar $10,000 bagi menyokong dua pertubuhan yang antara lain menawarkan khidmat kepada pesakit barah dan keluarga mereka,

Allahyarham Mohamad Aryan, meninggal dunia pada usia enam tahun akibat penyakit ‘Diffuse Intrinsic Pontine Glioma’ (DIPG) – sejenis barah otak.

Keluarga tersebut berbuat demikian bagi meningkatkan kesedaran ramai terhadap badan sokongan dan khidmat yang ditawar kededua pertubuhan itu.

Dan salah satunya adalah jagaan paliatif, yang memberi banyak manfaat kepada keluarganya semasa tempoh mencabar itu.

Pada 2022, Cik Haslindah mengumpul sekitar $8,000 bagi Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF) dalam satu acara berjalan ‘Walk With Aryan’ di Taman Tasik Jurong.

Pada 2023 pula, beliau mengumpul sekitar $2,000 bagi khidmat Star PALS (Sokongan Hidup Lanjutan Pediatrik) kendalian HomeCare Assist (HCA) Hospice Care.

Star PALS merupakan program yang disertai keluarga Cik Haslindah selepas Aryan didiagnosis pada Januari 2021.







“Matlamat saya adalah untuk menyokong badan-badan amal ini yang telah bersikap murah hati terhadap keluarga saya yang berada dalam keadaan sangat memerlukan pada ketika itu,” kata Cik Haslindah ketika dihubungi menerusi Zoom kelihatan lebih ceria.

“Saya juga mahu lebih ramai orang mengetahui tentang mereka sebab sebelum anak saya menghidap barah, saya tak pernah dengar tentang mereka.

“Dan apa yang perlu anda tahu adalah bantuan ditawar oleh mereka bukan sahaja dapat mengurangkan beban kami malah juga meningkatkan mutu kehidupan pesakit di fasa hujung nyawa, dan membolehkan keluarga memenuhi kehendaknya dengan baik.”

Antara bantuan yang diterima adalah lawatan oleh jururawat dan doktor secara kerap dalam dua hingga tiga kali seminggu untuk memberi ubat dan memantau keadaan arwah anaknya itu.

Beliau dan keluarganya juga menerima sokongan emosi oleh kaunselor yang dikerah bagi mengendali kesnya.

Cik Haslindah dan suaminya juga merantau sejauh New York, Amerika Syarikat, pada lewat September 2021 untuk menyertai satu percubaan klinikal sejenis ubat yang djangka dapat mengurangkan kesan dan memanjangkan hayatnya.

Usaha itu turut disokong Persatuan Ain yang baru menubuhkan dana khusus bagi pesakit yang memerlukan rawatan di luar negara dinamakan Dana Mencari Pelangi.

Di bawah nasihat doktor paliatif, Cik Haslindah berkata Aryan menghembus nafas terakhir dalam pelukannya serta adik-beradik dan ayahnya di rumah, dan bukan di hospital.

Namun, menurut Cik Haslindah, meskipun jagaan paliatif semakin diketahui orang ramai, ia merupakan pilihan sukar untuk ditimbangkan keluarga.

“Ia satu topik sensitif kerana topik jagaan paliatif menandakan seolah-olah pesakit itu tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

“Tapi ia tidak semestinya begitu. Meskipun rasa pilu itu tetap ada, saya rasa seperti saya telah melakukan yang terbaik demi memenuhi kehendak anak saya pada hari-hari terakhirnya.

“Ia juga membolehkan kami sekeluarga berada dekat dengannya – satu hajat yang diminta arwah anak saya ketika itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >