Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Tip kekal sihat ketika cuaca panas

Jul 31, 2023 | 06:00 AM



Ketika musim panas, pendedahan kepada gelombang panas boleh membawa kesan serius terhadap kesihatan.

Risiko terkena ‘heat stroke’ atau strok haba meningkat apabila tubuh mengalami kekurangan air dan terdedah kepada cuaca yang terlalu panas.

Ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kekurangan air sehingga berisiko mengalami strok haba.

Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengakibatkan kekejangan dan keletihan yang boleh menyumbang kepada strok haba.

Berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh diambil untuk melindungi diri daripada risiko strok haba:

Kurangkan kegiatan luar, berada di dalam rumah/bangunan

Tindakan pertama yang perlu diambil adalah mengurangkan kegiatan di luar dan berada di dalam rumah atau bangunan.

Ini membantu mengelakkan tubuh daripada kekurangan air. Anda disarankan untuk mengehadkan kegiatan luar, kerap berehat, mandi atau menggunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.

Elakkan berada di kawasan yang terlalu panas.

Ambil peluang ini untuk berehat di hadapan kipas atau penyaman udara di dalam rumah. Atau letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

Banyakkan minum air putih, elak makanan pedas

Selain mengurangkan kegiatan di luar, langkah selanjutnya yang perlu dilakukan ialah mengambil air minuman yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter atau enam gelas sehari. Minum air setiap 15 minit

Paling penting, anda perlu sentiasa menghidratkan badan.

Untuk itu, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap kegiatan fizikal seharian anda.

Selain itu, anda juga boleh meminum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.

Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas. Ia adalah keputusan yang betul.

Anda juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas.

Ini kerana minuman sebegitu hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.

Begitu juga makanan pedas menaikkan lagi suhu badan anda menyebabkan sukar untuk anda menyejukkan badan. Jadi, pilihkan makanan yang lebih ringan dan kurang pedas.

Pakai pakaian sesuai dan gunakan krim tabir suria

Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.

Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam.

Ia tidak sesuai dipakai ketika matahari berada tegak di atas kepala.

Tanggalkan pakaian yang ketat

Selain pakaian, gunakan aksesori seperti topi atau payung bagi melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.

Gunakan juga krim tabir suria bagi melindungi kulit daripada sinaran ultralembayung (UV) yang berbahaya.

Usah tinggalkan kanak-kanak atau haiwan dalam kenderaan

Pastikan anda tidak meninggalkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan di dalam kenderaan yang tertutup ketika cuaca panas.

Bahang di dalam kenderaan boleh menyebabkan bahaya serius dan mengancam nyawa mereka.

Elakkan kanak-kanak daripada bermain di taman permainan ketika cuaca terik untuk menghindari risiko strok haba.

Rancang kegiatan dengan bijak dan dapatkan bantuan jika perlu

Selalu rancang kegiatan anda dengan bijak bagi mengurangkan pendedahan daripada panas terik matahari.

Jika keadaan cuaca terlalu panas atau anda mengalami kesukaran untuk mengawal keadaan, jangan ragu untuk meminta bantuan daripada orang lain.

Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan di atas, anda dapat menjaga kesihatan tubuh dan mengurangkan risiko strok haba ketika musim panas.

Jangan mengabaikan kesan cuaca yang terlalu panas dan pastikan anda menjaga tubuh dalam keadaan baik.

Pastikan air mencukupi dan elakkan daripada terdedah kepada gelombang panas berlebihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >