Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

BERITA

Video panduan ubat turunkan berat badan dapat perhatian media sosial

Jun 30, 2023 | 05:30 AM



Sejenis ubat bagi merawat kencing manis dan kegemukan yang menjadi ubat kuruskan badan popular di luar negara membolehkan salah seorang doktor di sini mencapai bilangan penonton yang tinggi bagi video panduan penggunaannya yang disiarkan di media sosial untuk mendidik para pesakit.

Dr Muhd Taufiq Rashid, pengarah perubatan Pusat Perubatan Pulse, telah memuat naik kandungan mengenai ubat suntikan kendiri, Saxenda dan Ozempic dan melihat jumlah penonton di akaun TikToknya mencecah lebih separuh juta.


Bukan itu sahaja, menurut doktor lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, sejak kliniknya menawarkan Ozempic pada pertengahan 2022, sebanyak 50 preskripsi ubat itu telah diberikan.


Bagi Saxenda pula, Dr Taufiq berkata: “Sudah tentu kami lihat lebih ramai telah diberi preskripsi tahun ini berbanding tahun lalu.”


Klinik beliau di kawasan Tanjong Pagar menawarkan tiga jenis ubat rawatan kencing manis dan berat badan berlebihan, iaitu ubat suntikan kendiri Ozempic, yang diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 2021, dan versi tablet ubat itu bernama Rybelsus yang diluluskan pada 2022, dan Saxenda – juga ubat suntikan sendiri – diluluskan pada 2022.


Ozempic disahkan untuk merawat gejala kronik yang timbul daripada penyakit kencing manis Jenis 2.

Saxenda diluluskan sebagai ubat mengurangkan berat badan pesakit berusia 12 tahun dan ke atas yang menghidap kegemukan atau berat badan berlebihan.


Satu lagi ubat bernama Wegovy, yang serupa Ozempic tetapi dalam dos tinggi baru mendapat kelulusan dari HSA pada April bagi merawat kegemukan.


Kesemua ubat-ubat itu mempunyai bahan bagi membolehkan pengguna mengawal paras gula dalam darah, mendorong rasa kenyang serta mengurangkan selera makan.

Menurut HSA, ubat-ubat tersebut hanya boleh didapati menerusi preskripsi dan di bawah penyeliaan rapi oleh seorang doktor kerana terdapat risiko dan kesan sampingan daripada mengambil ubat tersebut.

Di laman TikTok klinik PULSE, satu video berlangsung sekitar satu setengah minit mengenai cara penggunaan Saxenda mendapat lebih 517,000 penonton sementara Ozempic melihat lebih 220,000 penonton.


Dr Taufiq berkata ubat-ubat itu amat popular dalam kalangan pesakit memandangkan ramai penduduk di sini terjejas penyakit kencing manis dan masalah kegemukan.

Beliau juga sedang menimbangkan untuk membawa masuk ubat Wegovy kerana terdapat permintaan oleh pesakit sejak sebelum ia diluluskan pada April.


Tinjauan kesihatan negara pada 2021 mendapati kadar kekerapan kasar populasi yang menghidap penyakit kencing manis adalah 9.5 peratus bagi tempoh 2019 hingga 2022. Seramai 10.5 peratus populasi Singapura disahkan gemuk bagi tempoh itu.

Sementara itu, kekurangan bekalan Ozempic di seluruh dunia, menghambat klinik Dr Taufiq daripada memberi preskripsi baru kepada pesakit yang memerlukannya.


“Kencing manis adalah satu gejala yang kerap dihidap warga Singapura dan ia sering diikuti dengan kegemukan,” tambahnya.

“Ramai antara pesakit berasa sukar untuk mengurangkan paras gula dan berat badan mereka. Jadi terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi ubat ini sebagai satu huraian untuk merawat kondisi mereka.”

Salah seorang pesakit klinik itu yang hanya ingin dikenali sebagai Encik E, 49 tahun, berkata beliau telah menggunakan Saxenda sepanjang enam bulan, Ozempic sepanjang lapan bulan dan lagi lapan bulan dengan Rybelsus.


Beliau mengikuti rejim itu selepas disahkan gemuk dan menghidap tekanan darah tinggi menghampiri paras prakencing manis.

“Sebelum ini saya telah cuba mengubah pemakanan saya, dan juga berpuasa secara selang-seli. Tetapi hasilnya tidak setimpal,” katanya.

“Berat bada saya mencecah 115 kilogram dan selepas sekitar dua tahun di bawah program ini, ia turun kepada sekitar 80 hingga 85 kilogram.”

Encik E berkata beliau berbelanja sekitar $800 sebulan bagi program Saxenda dan Ozempic sebelum beralih ke Rybelsus pada harga $400 sebulan.

“Saya telah mengeluarkan perbelanjaan besar tetapi saya puas dengan hasilnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, Dr Taufiq berkata ubat-ubat tersebut tidak sepatutnya dianggap sebagai jalan mudah.

“Walaupun ia agak berkesan dalam merawat kondisi tertentu, pesakit masih perlu ada rancangan pemakanan sihat serta mengamalkan gaya hidup aktif.”

“Selalunya saya akan menasihatkan pesakit yang ingin mengambil ubat ini supaya melakarkan rancangan perubahan gaya hidup dan diet serta mengambil suplemen multivitamin dan antioksidan sebagai sumber khasiat tambahan,” kata beliau.

*Dalam versi awal artikel ini, kami menyatakan Ozempic diizinkan bagi penggunaan “luar label” untuk mengurangkan berat badan. Ini adalah tidak benar. Penggunaan ‘luar label’ tidak memerlukan kebenaran. Artikel ini telah disemak bagi memperjelas kenyataan ini. Kami mohon maaf atas kesilapan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >