JUMLAH kes yang ditangani oleh sebuah klinik di Hospital Besar Singapura (SGH) yang menawarkan pendekatan bersepadu bagi sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome, atau IBS) meningkat dengan mantap sejak ia dilancarkan pada 2019.
IBS adalah kesakitan gastrousus paling biasa, dan gejalanya termasuk sakit perut, cirit-birit dan sembelit.
Di klinik itu, lebih banyak masa ditepikan bagi mengenal pasti kenapa pesakit menghadapi isu-isu itu, dan terdapat seorang ahli psikologi yang menangani isu psikologi seperti lemah mekanisme menghadapi IBS dan ciri personaliti yang memburukkannya.
Pada 2021 dan 2022, klinik itu menangani 300 pesakit setiap tahun, bertamba daripada 200 pesakit pada 2000.
Dari Januari hingga Mac 2023, terdapat lebih kurang 100 pesakit, menjadikan jumlah yang diunjurkan sekitar 400 pesakit sepanjang 2023.
Konsultan gastroenterologi di SGH yang mengasaskan klink itu pada April 2019, Dr Andrew Ong, berkata beliau sekarang mendapat rujukan dari hospital lain, termasuk hospital swasta.
Dr Ong berkata rawatan holistik bersama ahli psikologi menangani interaksi dua hala antara usus dan sistem gastrousus, yang dikenali sebagai gut-brain axis, yang sering diabaikan dalam rawatan IBS.
Interaksi itu boleh menjelaskan sebab ada orang sakit perut atau cirit-birit sebelum sesuatu acara penting.
Tekanan dan kebimbangan boleh mencetuskan atau memburukkan IBS, kerana perubahan dalam otak semasa seorang dalam keadaan tertekan menjejas cara seorang itu menanggap isyarat sakit dari perut.
Sebaliknya, kesakitan di bahagian perut boleh menyebabkan isu psikologi seperti kebimbangan atau kemurungan.
IBS menjejas sekurang-kurangnya satu dalam 10 orang di dunia, dan ia berlaku disebabkan interaksi luar kebiasaan antara perut dan otak.
Tetapi faktor psikologi dan sosial biasanya hanya signifikan dalam kes rumit, kata Dr ong.
Beliau menambah bahawa walaupun bilangan pesakit di klinik IBS itu bertambah dengan mantap, ia tidak mencerminkan beban tinggi jumlah pesakit kerana ahli gastroenterologi umum masih merawat sebahagian besar pesakit.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg