Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kisah Zakat
16095
0

Zakat anda bantu mereka berdikari

Jun 05, 2018 | 05:05 AM



 





SEPULUH tahun lalu, Encik Imran Tukijoe sekeluarga meraih manfaat setelah menghadiri pelbagai kursus peningkatan di bawah Skim Pengupayaan Bersepadu (EPS).



Skim tersebut merupakan sebuah program peningkatan bagi keluarga memerlukan yang dibiayai wang Zakat kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



“Setelah mengikuti pelbagai kursus keselamatan, saya mampu bekerja dalam sektor keselamatan di tempat kerja dan menerima gaji yang agak lumayan,” kata Encik Imran, 45 tahun.



Selain itu, beliau dan isteri juga mengambil kursus memasak.



“Zakat telah mengubah kehidupan saya sekeluarga,” tambah Encik Imran yang ketika itu susah mendapatkan pekerjaan kerana mengalami sakit belakang ekoran kemalangan yang berlaku pada tahun 1992.



Beliau juga mengalami pengakit kencing manis, gaut dan atritis.



Namun kesenangan yang diraih itu tidak berpanjangan.



Tahun lalu, beliau mengalami serangan jantung.



Awal tahun ini pula, sedangbeliau bersiap-siap untuk ke tempat tugas, Encik Imran tergelincir di rumah.



Akibat itu, beliau tidak mampu berjalan dan dimasukkan ke hospital selama empat bulan.



“Apabila saya keluar hospital pada bulan Ogos lalu, majikan saya menghentikan saya kerja,” kata Encik Imran, bapa lima orang anak.



Tanpa keupayaan untuk bergerak dan mencari nafkah bagi menampung keluarga, fikiran Encik Imran kembali kepada sumber bantuan yang pernah dihampirinya satu ketika dahulu – Zakat Muis.



“Alhamdulillah, dengan adanya semua bantuan ini, saya dapat tumpukan perhatian pada proses pemulihan saya.



“Saya berbanyak terima kasih kepada pembayar Zakat dan Muis yang banyak membantu keluarga yang memerlukan seperti keluarga saya. Saya berdoa kepada Allah, semoga dimurahkan rezeki mereka,” kata Encik Imran.



(Kandungan berbayar)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >