SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Zakat anda dinikmati segenap lapisan

Zakat anda dinikmati segenap lapisan

Jun 5, 2018 | 5:05 AM

Zakat anda dinikmati segenap lapisan

BANTUAN MELUAS: Antara lain, Muis menghulurkan agihan Bonus Ramadan - menerusi asnaf Fakir dan Miskin - kepada para penghuni rumah-rumah kebajikan
BANTUAN MELUAS: Antara lain, Muis menghulurkan agihan Bonus Ramadan - menerusi asnaf Fakir dan Miskin - kepada para penghuni rumah-rumah kebajikan -

SELAIN agihan langsung kepada para penerima bantuan, khususnya golongan fakir miskin dan para pelajar memerlukan menerusi asnaf Riqab, Muis turut mengagihkan sebahagian wang Zakat kepada beberapa badan Melayu/Islam lain.

Misalnya, wang agihan menerusi asnaf Mualaf disalurkan kepada Darul Arqam yang menguruskan hal ehwal golongan mualaf baru di Singapura.

Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) pula menerima agihan dari Muis bagi membantu para pesakit ginjal.

Setiap Ramadan, Muis juga menghulurkan agihan Bonus Ramadan - menerusi asnaf Fakir dan Miskin - kepada para penghuni rumah-rumah kebajikan seperti Rumah Rawatan Jamiyah (Darul Syifaa), dan penerima bantuan jangka panjang skim bantuan pemerintah ComCare.

Dalam pada itu, Muis turut mengagihkan sebahagian asnaf Riqab kepada Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bagi tujuan dermasiswa dan biasiswa.

Bahkan demi memenuhi keperluan pelajar Melayu/Islam yang semakin meningkat, jumlah agihan ini naik hampir 50 peratus - daripada $340,000 pada 2016 kepada $500,000 pada tahun lalu.

(Kandungan berbayar)

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg