Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kisah Zakat
16095
0

Zakat anda ringankan beban mereka

Jun 05, 2018 | 05:05 AM



 



 



MESKIPUN dirundung masalah kesihatan sehingga disahkan tidak mampu keluar bekerja, ia tidak mematahkan semangat Cik Salbiah Said untuk bangkit membina kehidupan yang sempurna buat dirinya dan anak-anaknya.



Beliau disahkan menghidap penyakit reumatisme dan tulang belakang – kondisi tersebut tidak mengizinkannya untuk berjalan jauh dan berdiri lama. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, beliau perlu berdepan dengan masalahnya itu seorang diri.



Cik Salbiah berpisah dengan suami pada tahun 2002, dan kini tinggal bersama lima orang anaknya di sebuah flat sewa.



Ekoran masalahnya, Cik Salbiah kekurangan wang untuk menyekolahkan anak-anaknya, di samping perlu membayar bil hospital.



“Adakalanya, anak saya tidak ke sekolah kerana kami tak ada wang tambang ke sekolah,” kata Cik Salbiah, 42 tahun.



Akibatnya, Cik Salbiah dilanda kemurungan dan perlu ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menerima rawatan.



Namun dalam pada ini, Cik Salbiah tidak pernah putus asa.



“Walau apa pun, saya mahu anak-anak saya mendapatkan pendidikan,” jelasnya sayu.



Pada tahun 2012 setelah membuat permohonan, Cik Salbiah berjaya menerima bantuan Zakat dari Muis.



“Alhamdulillah, wang Zakat yang saya terima memang saya peruntukkan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak,” tambahnya.



Atas dorongan kakak angkatnya, Cik Salbiah mengeluarkan sedikit modal daripada agihan Zakat bonus Ramadan bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual snek dan kuihmuih Melayu di bawah jenama ‘Sal Snacks’.



“Saya berterima kasih kepada Muis dan pembayar Zakat kerana membolehkan saya berdikari sekali lagi.”



(Kandungan berbayar)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >