Zakat buka peluang bagi mereka capai cita-cita, Berita Kisah Zakat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kisah Zakat0

Zakat buka peluang bagi mereka capai cita-cita

Jun 05, 2018 | 05:05 AM

CITA-CITA untuk menjadi seorang doktor merupakan pendorong utama Siti Aisyah Iskandar Muda Abdul Jalil untuk terus berusaha gigih dalam pelajarannya.

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran semasa membesar bersama lapan adikberadiknya, pelajar berusia 18 tahun itu tidak pernah patah semangat.

“Memang tidak mudah. Namun tujuan utama saya belajar untuk ke sekolah yang baik, pekerjaan yang baik, dan membuat ibu-bapa saya bangga, insya-Allah,” jelas Siti Aisyah.

Bekas pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah ini kini menuntut di Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) dalam aliran sains.

Dalam masa senggangnya, Siti Aisyah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, seperti menyertai kegiatan Yayasan Mendaki dan Masjid En-Naeem di Hougang.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Berkat pencapaian baik di sekolah beliau serta mengambil kira keadaan ekonomi keluarganya yang kurang mantap, Siti Aisyah telah dibantu Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas) kendalian Muis.

Skim tersebut ditampung wang Zakat menerusi agihan Riqab yang diperuntukkan untuk pendidikan. Selain yuran sekolah, skim itu membiayai kos makanan dan tambang pengangkutan.

“Ini (mendapat bahagian Zakat) satu amanah. Jadi saya merasakan bahawa sudah menjadi satu tanggungjawab untuk saya sumbang kembali kepada masyarakat,” tambah Siti Aisyah.

Bagi Haiman Hamizan, 13 tahun, menyertai program aLIVE di masjid merupakan satu ruang baginya untuk membuat kawan baru sambal menimba ilmu agama.

Tahun lalu, beliau telah meraih anugerah pelajar terpilih berdasarkan adab, akhlak dan pencapaian pelajaran.

“aLIVE telah banyak mengajar saya menjadi seseorang yang lebih penyabar dan bertanggungjawab,” kata Haiman.

Haiman diberikan geran Dana Pendidikan Islam (IEF) untuk bantu biayai sebahagian kos program aLIVE yang dihadirinya.

“Alhamdulillah, ada geran IEF ini dapat bantu bayar yuran bulanan Haiman dan adik. Ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan keluarga kami,” jelas ibu Haiman, Cik Hayati Sabek.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map