Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

10 malam penduduk kampung di Negeri Sembilan dihantui misteri ‘ketuk pintu’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

10 malam penduduk kampung di Negeri Sembilan dihantui misteri ‘ketuk pintu’

Jan 13, 2024 | 08:33 AM



KUALA PILAH: Selama lebih 10 malam, penduduk di satu kampung di Negeri Sembilan terpaksa bertahan apabila ia ditimpa satu misteri gangguan ‘ketukan pintu’ sejak malam 31 Disember lalu, dengan beberapa penduduk mendakwa mereka ternampak makhluk hitam menyerupai manusia baru-baru ini.

Ini susulan beberapa kejadian di kampung Kepis Ulu, Kuala Pilah dilaporkan kali pertama pada hari itu yang mana sekurang-kurangnya 13 rumah dipercayai mengalami gangguan ketukan oleh ‘tetamu’ yang tidak diundang itu pada pintu rumah masing-masing.

Penduduk mendakwa ia mungkin kejadian mistik bahkan, perbuatan ilmu hitam.

Selepas 10 hari ditimpa gangguan tersebut, beberapa penduduk, kini mendakwa mereka ternampak makhluk hitam menyerupai manusia, pada 11 Januari malam, lapor Berita Harian Malaysia.


Seorang penduduk, Cik Haslinda Hassim, 54 tahun, berkata beliau ternampak makhluk berkenaan ketika di luar rumah jam 9.40 malam, sebelum lembaga hitam itu menghilangkan diri dalam gelap.

“Sebelum itu, anak sulung berusia 17 tahun keluar manakala saya hanya bersama seorang lagi anak berada di rumah. Tidak lama kemudian anak sulung menghubungi saya memaklumkan supaya menutup semua pintu dan tingkap kerana ada sebuah rumah diganggu,” katanya

“Kemudian anak balik bersama kawannya dan menyuruh saya buka pintu dapur. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti objek jatuh depan rumah,” tambah Cik Haslinda apabila ditemui di rumahnya.

Cik Haslinda berkata, disebabkan rumahnya tinggi, dia melihat dengan jelas objek jatuh berkenaan dan ternampak lembaga dalam posisi seperti merangkak.

“Pada mulanya saya menyangka ia hanya ilusi. Kali kedua melihatnya, lembaga itu juga menoleh ke arah saya sebelum bangun dan lari ke arah jalan besar dan hilang dalam kegelapan,” katanya.

Hingga awal pagi tadi, sudah empat kali rumahnya diganggu dengan kejadian terakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi yang mana ‘dia’ mencakar dinding serta bunyi seolah cuba mengumpil tingkap kaca.

Seorang lagi penduduk, Mariam Johit, 67 tahun, berkata anaknya sempat bertentang mata dengan lembaga berkenaan selepas terdengar pagar rumah seperti digoncang.

“Ini kali kelima rumah kami diganggu. Malam tadi ketika saya bersama dua anak dan cucu berada di rumah jam 9 malam, kami terdengar pintu pagar di hadapan rumah digoncang.

“Anak (Noreennor Mohd Noor, 38 tahun) menyelak langsir dan ternampak ‘dia’ berdiri di luar rumah. Anak jerit ‘orang mak’ sebelum dia bergegas membuka pintu dan keluar, namun makhluk itu lari ke arah tepi rumah.

“Anak dengar bunyi tapak kaki berlari sebelum ia hilang begitu sahaja. Malah ahli keluarga berdekatan dan penduduk kampung yang mengepung rumah kami tidak menemui sebarang jejak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kepis Hilir, Mohmmad Sah Sulaiman, berkata beliau berharap gangguan itu segera ditamatkan.

“Sudah lebih seminggu ia berlarutan dan keadaan di kampung ini huru-hara. Penduduk ketakutan sehingga pergi ke tandas dalam rumah sendiri pun perlu berteman,” katanya.

Terdahulu penduduk berkata kejadian ketukan itu berlaku sekitar 9 malam dan berterusan hingga sebelum azan subuh.

Terdapat penduduk juga yang meninjau rakaman kamera litar tertutup di luar rumah ketika kejadian berlaku namun mendapati tiada apa-apa yang berada di luar pintu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >