Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

20 lot kedai Uptown Kota Damansara musnah dalam kebakaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

20 lot kedai Uptown Kota Damansara musnah dalam kebakaran

Nov 21, 2023 | 12:57 PM



PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 20 lot kedai di pusat perniagaan Uptown Kota Damansara, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran kira-kira 8.30 malam pada Isnin.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjelaskan kawasan bazar larut malam (Uptown) Kota Damansara itu penuh dengan barangan mudah terbakar.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.34 malam, sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi.

“Kerja pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi dan api berjaya dikawal pada 9.06 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Ketika kejadian semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada malam Isnin.


Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 1 Shah Alam, Encik Ahmad Zaidi Safuan, berkata dalam kejadian berkenaan, api merebak dengan pantas dan pihaknya terpaksa menggunakan teknik kepungan untuk memadam kebakaran.

“Keseluruhan Uptown (Kota Damansara) ini adalah ‘bahan bakar’. Ketika pasukan penyelamat sampai, api marak dengan besar dan kita terpaksa menggunakan teknik kepungan untuk padam kebakaran,” katanya lapor BHM pada Selasa.

Beliau berkata kawasan kebakaran itu ditutup sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, pemilik gimnasium berhampiran Uptown berkenaan, Encik Mazalan Abdul Manan, 53 tahun, berkata asap tebal bermula dari sebuah gerai merebak hingga ke gimnasiumnya yang ketika itu terdapat 15 pelanggan sedang bersenam.

“Setiap minggu, kawasan ini sesak dengan pengunjung yang datang membeli pelbagai barangan dijual peniaga di bazar.

“Jalan-jalan di sekeliling bazar selalunya akan dipenuhi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan, bayangkan jika kejadian ini berlaku pada hujung minggu,” katanya kepada BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >