Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

61,000 kakitangan lima agensi siap tangani banjir

Oct 26, 2023 | 12:57 PM
DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA: Jabatan Bomba dan Penyelamat semasa satu demonstrasi menyelamatkan mangsa banjir. Monsun timur laut dijangka tiba awal pada 2023.
DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA: Jabatan Bomba dan Penyelamat semasa satu demonstrasi menyelamatkan mangsa banjir. Monsun timur laut dijangka tiba awal pada 2023. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hampir 6,000 kawasan terdedah banjir di 163 daerah di seluruh Malaysia telah dikenal pasti, tatkala monsun timur laut dijangka tiba lebih awal pada 2023.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lebih 61,000 anggota daripada lima agensi sedang bersiap sedia untuk dikerahkan.

“Perancangan rapi dilakukan memandangkan monsun timur laut dijangka bermula lebih awal dari November ini hingga Mac 2024.

“Kawasan berisiko tinggi di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak telah dikenal pasti termasuk 5,648 titik panas di 163 daerah di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor The Star.

Tan Sri Razarudin berkata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali, telah dilantik sebagai komander operasi bencana pusat.

Sekiranya berlaku banjir, polis bersedia mengerahkan aset termasuk 503 bot, 497 lori, 17 ambulans dan van, 15 luncur jet, 6,028 jaket keselamatan, serta lapan pesawat, tambahnya.

“Kami bekerjasama rapat dengan agensi lain termasuk angkatan tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) untuk memastikan misi menyelamat dan bantuan dapat dijalankan dengan pantas,” ujar Tan Sri Razarudin.

Beliau berkata 19,085 anggota polis juga telah bersedia, manakala angkatan tentera akan menempatkan 4,205 anggota.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah mengaturkan 24,114 anggota ditempatkan manakala 10,510 anggota Angkatan Pertahanan Awam terlibat,” katanya sambil menambah bahawa Rela akan menempatkan 3,925 anggota.

“Mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi, dinasihatkan supaya memberi kerjasama dan mematuhi sebarang arahan daripada pihak berkuasa, terutama jika arahan berpindah diberikan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg