Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Anwar nafi dakwaan cuba Islamkan Malaysia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar nafi dakwaan cuba Islamkan Malaysia

Nov 09, 2023 | 11:25 AM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau cuba “memperislamkan” Malaysia, sebaliknya beliau berusaha untuk membentuk pemahaman yang lebih baik tentang Islam.


Beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai “kesinisan” dalam ucapan beliau di Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada lewat Rabu.

“Ada yang merungut bahawa ini adalah usaha Anwar untuk memperislamkan negara. Pandangan ini agak sinis. Saya tidak menafikan bahawa terdapat usaha untuk membawa pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam dan mengaplikasikannya,” katanya.

Beliau menambah bahawa kehidupan di Malaysia berdasarkan Islam sambil peranan dan nilai-nilainya diterima secara meluas. “Rakyat tidak dipaksa untuk menerima agama kami,” tegasnya.

Encik Anwar berkata ia adalah tentang nilai-nilai agama dan penekanan agama tersebut terhadap hak asasi manusia secara universal.

Mengenai gagasan Malaysia Madani diperkenalkannya, Datuk Anwar berkata gagasan dipacu Kerajaan Perpaduan itu merangkul semua aspek termasuk keyakinan dan nilai yang sesuai dengan negara ini.

“Kenapa lakukan anjakan (gagasan Madani) ini kerana kita fikir kerana negara ada jati diri dan identiti yang harus diterapkan berdasarkan keyakinan dan nilai.

“(Dasar Barat) ada kekuatan dan beri manfaat tetapi kelemahan dari aspek nilai akhlak dan agama tidak disinggung. Dalam rangka Madani, teras semuanya tidak lari dari keyakinan dan nilai,” katanya menambah, gagasan Malaysia Madani perlu diamalkan kerana ia hanya menjadi slogan biasa jika tidak dihayati dan dilaksanakan.

Konsep Malaysia Madani diperkenalkan Datuk Anwar secara rasmi pada 19 Januari lepas, diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Dalam ucapannya itu juga, beliau melahirkan keyakinan Malaysia diyakini mampu kembali menjadi sebuah negara yang hebat dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada.

Datuk Anwar berkata, usaha itu mampu direalisasikan hasil pendekatan dan kerjasama penuh yang diberikan semua pihak termasuk penjawat awam.

“Saya meluahkan idea, cara terbuka dari segi konsep pendekatan supaya rakan penjawat awam dapat memberi kerjasama sepenuhnya.

“Saya yakin sebab Allah swt banyak menguji saya, ada kesabaran, (menjadi) lebih waras, tetapi selepas melihat sepak terajang politik dan apa yang berlaku dalam pentadbiran negara.


“Saya yakin dengan semangat baharu, beri masa dua atau tiga tahun, Malaysia dapat diangkat sebagai satu negara hebat,” katanya.

Beliau turut menyentuh tentang amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia beri kesan pengagihan kepada golongan memerlukan.

Datuk Anwar berkata pembaziran mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan amalan itu perlu dibanteras dengan tekad politik daripada jemaah menteri serta dukungan penjawat awam.

“Paling ketara ialah kerana tata kelola dan penyelewengan diterima sebagai satu sistem. Beberapa skandal besar tidak mungkin berlaku hanya dengan ahli politik yang korup,’‘ ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >