Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS serah 2 rakyat M’sia ditahan di Guantanamo selepas 18 tahun

Dec 18, 2024 | 4:18 PM
Mohammed Nazir Lep (kiri) dan Mohammed Farik Amin.
Mohammed Nazir Lep (kiri) dan Mohammed Farik Amin. - Foto BHM ONLINE

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Guantanamo, di Cuba, sejak 18 tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata keputusan menerima dua individu berkenaan iaitu Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin dibuat atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat.

Katanya, kedua-dua tahanan itu ditahan sejak 2006.

“Sehubungan itu, kerajaan sudah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

“Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terbabit dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua rakyat Malaysia ini,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Disember, lapor Berita Harian Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir dan Mohammed Farik yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika sebelum dipindahkan ke kem tahanan itu pada 2006.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg