Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak 10 tahun di M’sia kritikal selepas tercekik gula-gula ‘bola mata’

Feb 20, 2025 | 3:48 PM
Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad didapati rebah luar sekolah setelah memakan gula-gula kenyal berbentuk bola mata.
Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad didapati rebah luar sekolah setelah memakan gula-gula kenyal berbentuk bola mata. - Foto SINAR HARIAN

PULAU PINANG : Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad yang berusia sepuluh tahun bertarung nyawa selepas tercekik gula-gula kenyal atau gummy berbentuk ‘bola mata’ yang dibelinya di luar sekolah pada 18 Februari.

Cik Siti Farhani Mohamad Fikri, 33 tahun, berkongsi di Facebook bahawa anak saudaranya masih tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Pulau Pinang.

“Dia kini bergantung sepenuhnya kepada oksigen,” kata Cik Farhani kepada akhbar New Straits Times Malaysia.

“Saya merayu kepada semua orang untuk mendoakan agar anak saudara saya kembali pulih seperti sediakala.”

Dalam satu lagi hantaran di Facebook pada 19 Februari, beliau berkata keadaan Fahmi masih sama dan hanya dapat berdoa agar anak saudaranya itu sedar semula.

Cik Farhani berkata, Fahmi tercekik gula-gula kenyal berbentuk bola mata yang dibelinya di luar kawasan sekolah.

Cik Farhani juga berkongsi dengan akhbar lain bahawa apabila Fahmi rebah di dalam kelas kira-kira jam 2.30 petang, gurunya telah memberinya bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Fahmi tetapi dia tidak memberi sebarang respons.

Guru itu segera menghubungi ambulans dan dibimbing oleh seorang pekerja perubatan melalui panggilan video untuk memeriksa saluran udara Fahmi, di mana guru itu mendapati bergetah itu tersekat di kerongkong budak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg