Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Budak 5 tahun di M’sia rogol adik kembar akibat ketagih seks

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Budak 5 tahun di M’sia rogol adik kembar akibat ketagih seks

May 15, 2024 | 08:48 PM



SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun tergamak merogol adik kembarnya setelah kerap menyaksikan ibu kandungnya melakukan hubungan seks bersama teman lelaki.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Siti Kamsiah Hassan ditukil dalam laporan media Malaysia sebagai berkata, kes itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terlibat menjadi ketagih terhadap hubungan seksual.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 15 Mei.

SAC Siti Kamsiah berkata: “Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit.

“Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka.”

Beliau menambah kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu di salah satu negeri dan menjelaskan, kes jenayah seksual berkenaan dikhuatiri akan mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

“Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa.

“Selain itu, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri,” ujar beliau.

Justeru, tambah beliau, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya melibatkan kanak-kanak.

“Sikap bertanggungjawab ibu bapa dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral,” katanya.

Beliau turut menggesa agar masyarakat memainkan peranan dengan “segera melaporkan sebarang kejadian berkaitan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan dapat diambil sewajarnya”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >