Detik ngeri pendaki Gunung Kinabalu berdepan air deras ketika hujan lebat
Premium
Detik ngeri pendaki Gunung Kinabalu berdepan air deras ketika hujan lebat
Sep 14, 2023 | 6:56 PM
DETIK NGERI: Beberapa pendaki dan malim gunung kelihatan merenggangkan tali semasa menyeberang satu kawasan di puncak gunung yang ditimpa air deras pada awal pagi 12 September. - Foto FACEBOOK SABAH PARKS
KOTA KINABALU: Beberapa pendaki Gunung Kinabalu di Sabah berdepan dengan situasi mengerikan pada awal pagi Selasa (12 Sep) apabila gunung tersebut ditimpa cuaca hujan lebat hingga menyebabkan aliran air deras di kawasan puncak.
Dalam satu video dimuat naik Taman-Taman Sabah di Facebook, kelihatan sekurang-kurangnya lapan orang dipercayai adalah pendaki serta malim gunung yang menghadapi detik cemas itu apabila perlu menyeberang satu kawasan yang ditimpa aliran air deras.
Laporan berkaitan
Nahas di Port Dickson ragut budak 4 tahun, warga S’pura ditahan Sep 9, 2023 | 7:40 PM
Isu tular nasi ayam claypot M’sia: Bukan wain tapi minyak bijan, kata peniagaSep 13, 2023 | 7:38 PM


