Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Dua menteri akan bincang syor pilihan raya pihak berkuasa tempatan KL

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua menteri akan bincang syor pilihan raya pihak berkuasa tempatan KL

Dec 19, 2023 | 02:48 PM



KUALA LUMPUR: Syor supaya kerajaan mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar Kuala Lumpur, mendapat maklum balas dan perhatian banyak pihak.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengakui pihaknya tidak menolak kepentingan untuk mewujudkan pilihan raya PBT, namun ia perlu perbincangan yang mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Memang kita kena melihat juga perkara-perkara yang perlu dilaksanakan di Kuala Lumpur ini dan saya tidak menolak kepentingan untuk pilihan raya PBT diadakan.

“Namun sebenarnya pilihan raya PBT ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Justeru saya akan berbincang dengan Menteri KPKT, Encik Nga Kor Ming mengenainya,” katanya lapor MalaysiaKini pada 19 Disember.


Penganalisis berpandangan pilihan raya PBT dikhuatiri meluaskan polarisasi kaum dan meruncingkan lagi semangat perkauman dalam kalangan penduduk.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata kerajaan tidak perlu terburu-buru dengan cadangan itu dan tidak perlu mewujudkan dasar yang boleh menimbulkan keadaan kurang selesa dalam kalangan masyarakat serta pentadbiran.

Pada 17 Disember, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Wilayah Persekutuan, Encik Tan Kok Wai, menggesa kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT di peringkat Kuala Lumpur, susulan rombakan Kabinet baru-baru ini menyaksikan pelantikan menteri khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Encik Tan berkata desakan secara konsisten parti itu supaya memansuhkan Kementerian Wilayah adalah bagi mengelakkan campur tangan politik dalam pentadbiran di bandar raya berkenaan.

Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaannya pada 1960-an dan diganti dengan sistem lantikan ketua, yang mana jawatan Datuk Bandar atau Yang Dipertua, termasuk Ahli Majlis PBT dilantik kerajaan negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >