Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru agama M’sia disyaki liwat tiga pelajar lelaki

Apr 26, 2024 | 6:09 PM
Tiga pelajar tahfiz lelaki berusia antara 12 dengan 13 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Machang pada 15 April setelah disyaki menjadi mangsa liwat guru agama dari pusat tahfiz itu sejak 2022.
Tiga pelajar tahfiz lelaki berusia antara 12 dengan 13 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Machang pada 15 April setelah disyaki menjadi mangsa liwat guru agama dari pusat tahfiz itu sejak 2022. - Foto fail

KOTA BHARU (Kelantan): Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz sejak 2022.

Menukil laporan media Malaysia, ketiga-tiga mangsa lelaki berusia antara 12 dan 13 tahun itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Machang pada 15 April.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada ketiga-tiga pelajar berkenaan pada 12.56 tengah malam.

Dalam satu kenyataan media pada 26 April, beliau berkata: “Kejadian melibatkan tiga pelajar tahfiz dan polis Machang menerima tiga laporan berkaitan kes.

“Kejadian didakwa berlaku sejak dua tahun lalu dan kesemua mangsa ini mendakwa diliwat oleh ustaz di pusat tahfiz berkenaan.”

Susulan laporan itu, beliau menambah guru terbabit berusia 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat, jelas beliau.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April. Tempoh reman kemudian dilanjutkan tujuh hari lagi bermula 23 hingga 29 April,” ujarnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg