Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru sekolah agama Melaka tipu dua wanita lakukan seks

Oct 11, 2023 | 5:19 PM
Seorang guru sekolah agama berusia 33 tahun didenda RM12,000 ($3,464) oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh atas tiga kesalahan memperdaya dua wanita untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Seorang guru sekolah agama berusia 33 tahun didenda RM12,000 ($3,464) oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh atas tiga kesalahan memperdaya dua wanita untuk melakukan hubungan seks dengannya. - Foto fail

MELAKA: Seorang guru sekolah agama berusia 33 tahun didenda RM12,000 ($3,464) oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh atas tiga kesalahan memperdaya dua wanita untuk melakukan hubungan seks dengannya dan menyimpan imej lucah dalam telefon bimbitnya.

Denda itu dikenakan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas Ahmad Saifullah Abdul Khalid mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan kepadanya di mahkamah pada Selasa.

Berdasarkan kertas tuduhan bagi dua daripada kesalahan itu, tertuduh memperdaya dua wanita berusia 19 dan 33 tahun dengan menawarkan setiap seorang daripada mereka pinjaman masing-masing berjumlah RM300 dan RM2,000, lapor The Star.

Tertuduh membuatkan dua wanita itu, yang berkawan dengannya menerusi media sosial, percaya bahawa pinjaman itu wujud sebelum memikat mereka untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Kesalahan itu dilakukan pada sekitar 12.40 pagi pada 21 Mac lalu di sebuah hotel di Plaza Mahkota, dan pada 11 pagi pada 1 Oktober 2022 di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Baru, kedua-duanya di daerah Melaka Tengah.

Tuduhan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan ketiga, Ahmad Saifullah didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa mempunyai tujuh imej lucah dalam telefon bimbitnya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah sekolah tahfiz di Bukit Lintang, juga di daerah Melaka Tengah, pada 1.50 tengah hari pada 3 Oktober.

Memohon hukuman ringan, Ahmad Saifullah, yang tidak diwakili peguam, berkata dia menyara ibu bapa dan dua anak kecilnya dan menyesali perbuatannya.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM3,500 setiap satu bagi dua kesalahan pertama atau, jika gagal, penjara tiga bulan.

Bagi kesalahan ketiga, mahkamah mendenda tertuduh RM5,000 dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu.

Ahmad Saifullah membayar denda itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg