Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan berterusan diramal berlaku di Johor, Pahang hingga 7 Januari

Jan 5, 2024 | 4:09 PM
DIPINDAHKAN: Anggota bomba memindahkan mangsa banjir dari Kampung Bukit Dagang di Ulu Tiram selepas kawasan itu dinaiki air menyusuli hujan berterusan di Johor sejak 3 Disember.
DIPINDAHKAN: Anggota bomba memindahkan mangsa banjir dari Kampung Bukit Dagang di Ulu Tiram selepas kawasan itu dinaiki air menyusuli hujan berterusan di Johor sejak 3 Disember. -  Foto FACEBOOK/ JBPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di beberapa kawasan di negeri Pahang dan Johor dari 4 hingga 7 Januari.

Jabatan itu mengeluarkan satu amaran di platform media sosial X pada 10 malam 4 Januari, yang menyatakan hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Dalam tempoh itu, hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku di Kuantan, Pahang dan Batu Pahat serta Pontian di Johor.

Maklumat terkini MetMalaysia pada tengah hari 5 Januari menyatakan Mersing dan Kota Tinggi sahaja diramal mengalami hujan pada tahap buruk manakala cuaca kawasan negeri lain diturunkan kepada tahap waspada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg