Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Ibu paling teruja sambut Raya... rupanya dia nak tinggalkan kami’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Ibu paling teruja sambut Raya... rupanya dia nak tinggalkan kami’

NAHAS HELIKOPTER TLDM
Apr 24, 2024 | 08:13 AM



IPOH: Anak sulung Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, antara 10 korban nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, mendedahkan bahawa jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka.

Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun, berkata hanya rahang di wajah ibunya, 39 tahun, patah. Selain itu, tiada kecederaan serius lain pada jenazah, lapor Bernama.


“Rahang mama patah tapi alhamdulilah jenazah sempurna,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, selepas proses pengecaman pada 23 April.

Menurut Nur Qistina, kali terakhir dia bertemu ibunya ialah pada pagi 23 April, sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah mereka di kuaters dalam pangkalan itu.

“Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam. Mama cuma pesan belajar rajin-rajin,” katanya sebak.

Bercerita mengenai kenangan bersama Allahyarhamha, Nur Qistina berkata beliau tidak sangka keterujaan ibunya menyambut Lebaran adalah petanda akhir beliau akan meninggalkan mereka sekeluarga.

“Masa Hari Raya lalu, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.

“Lepas itu, mama cakap, ‘tak mengapalah, mungkin ini akan jadi kenangan terakhir, boleh simpan buat kenangan’,” kata Nur Qistina, sambil menambah bahawa baju Raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.

Nahas itu berlaku pada 23 April semasa dua helikopter tersebut menjalankan latihan bagi raptai Sambutan Hari TLDM. Menurut Nur Qistina, ini adalah kali pertama ibunya mengikuti program Sambutan Hari TLDM.

Anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah.

Allahyarhamha meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >