Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Isu nasi ayam kunyit RM20: Peniaga soal motif pelanggan tularkan harga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu nasi ayam kunyit RM20: Peniaga soal motif pelanggan tularkan harga

Jan 17, 2024 | 06:39 PM



LANGKAWI: Seorang pemilik restoran di Pantai Chenang, Langkawi yang dikenakan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kerana didakwa mengenakan caj RM20 ($5.70) untuk sepiring ayam goreng kunyit telah membalas terhadap isu itu baru-baru ini.

Beliau, antara lain, mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menularkan perkara itu di media sosial serta mempertahankan harga atas jumlah makanan lumayan disajikan kepada pelanggan serta kos sewa lebih tinggi di kawasan itu.

Ini susulan satu pos di Facebook dimuat naik pada 14 Januari yang mendedahkan resit serta hidangan nasi ayam kunyit itu dengan menyatakan beliau hampa terhadap caj setinggi berkenaan.

Pos itu dikongsi lebih 760 kali, turut mendapat perhatian pihak berkuasa yang mengeluarkan notis tersebut agar pemilik perniagaan mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam beberapa hari tertentu.

Menukil laporan Berita Harian Malaysia pada 16 Januari, pemilik restoran tersebut, Encik Zulfan Bustami, 43 tahun, berkata ketika pekerjanya sedang mengambil pesanan pelanggan wanita terbabit, pelanggan itu sudah ditunjukkan buku menu yang tertera dengan jelas harga ayam goreng kunyit adalah RM20.


“Dia sendiri lihat harga (makanan) dalam buku menu ketika buat pesanan, masa bayar di kaunter tak cakap apa pun sebelum berlalu pergi, kemudian tularkan di media sosial yang mengundang persepsi negatif, apa motif?” katanya.

“Saya tiada di restoran ketika kejadian, cuma tahu perkara itu selepas dimaklumkan pekerja mengenai gambar makanan dan resit berjumlah RM24 tular di media sosial.”

Encik Zulfan juga mendakwa, pelanggan terbabit adalah orang tempatan dan sepatutnya sedia maklum terhadap harga makanan di sekitar Pantai Chenang tinggi sedikit berbanding kawasan lain.

Ini disebabkan kadar sewa kedai yang juga tinggi di kawasan itu, katanya.

Encik Zulfan juga mempertahankan bahawa, saiz hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 itu juga sesuai dimakan dua orang kerana menggunakan 160 gram isi ayam, sayur, lobak merah, salad, kacang panjang dan bawang Holland.

“Saya telah berusaha menghubungi pelanggan terbabit menerusi ruangan sembang Facebook secara ‘messenger’ untuk berbincang, pada masa sama sedia berjumpa dan memohon maaf atas kejadian itu, tapi dia mengelak.

Terdahulu, dalam pos yang tular itu, pengguna bernama Hada Jais mendakwa, patutlah orang luar menyatakan Langkawi mahal.

Ini selepas beliau didakwa dikenakan caj keseluruhan berjumlah RM24 bagi nasi putih berharga RM3, ayam goreng kunyit seorang makan berharga RM20 dan air kosong RM1.

Susulan pos itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga makanan itu pada 15 Januari kerana mengenakan caj harga berkenaan.

Pengarah KPDN Kedah, Encik Affendi Rajini Kanth, berkata notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja.

“KPDN telah mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang melibatkan sebuah kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

“Siasatan telah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis...pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati buku menu disediakan kepada pelanggannya.

“Memang tercatat harga RM20 untuk ayam goreng kunyit...jadi dalam kes ini ada dipaparkan harga, ..tapi kita bagi NPMB tengok pengesahan dia, peniaga perlu menunjukkan nilai atau kos dengan harga makanan itu,” katanya.

Beliau berkata, pengguna perlu sentiasa menyemak harga dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >