Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jaga imej polis, jangan salah guna kuasa: Ketua Polis M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jaga imej polis, jangan salah guna kuasa: Ketua Polis M’sia

Dec 21, 2023 | 02:05 PM



SEREMBAN: Mengakui imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas teruk dek insiden pelajar sekolah meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan pegawai kanannya pada 15 Disember lalu, pegawai dan anggota polis diingatkan tidak menyalahguna kuasa untuk menyalahi undang-undang.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengingatkan pegawai dan anggota PDRM supaya menjaga imej pasukan keselamatan itu dan tidak berselindung di sebalik, kuasa, lencana dan uniform masing-masing untuk menyalahi undang-undang.

Beliau berkata mereka sepatutnya mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat, sekali gus memastikan imej PDRM berada di tempat paling atas.

“Banyak benda baik PDRM buat tetapi disebabkan satu isu, contohnya kes di Ipoh, Perak, pada 15 Disember lalu, yang membabitkan pegawai kanan polis didakwa melanggar pelajar sekolah, ia memberi kesan teruk kepada imej PDRM,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 20 Disember.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan, pada 20 Disember.

Tan Sri Razarudin berkata pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana anggotanya, tanpa mengira pangkat, sekiranya mereka melakukan kes jenayah, salah laku serta tatakelola yang tidak betul.

“Kita tak akan kompromi, malah kita buka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib (kepada mereka terlibat).

“Untuk makluman, saya telah tandatangan tahan kerja kepada pegawai berpangkat Timbalan Superintenden itu (pegawai didakwa melanggar pelajar) pada petang 15 Disember juga,” katanya.

Terdahulu, seramai 210 orang pegawai, pesara polis dan waris pesara dalam kontinjen Negeri Sembilan dianugerahkan pingat PJPN.

Daripada jumlah itu, 143 pesara, bekas polis dan petugas pada era darurat hadir sendiri menerima pingat.

Seramai 12 waris pula hadir mewakili pesara yang uzur atau meninggal dunia, selain seramai 55 pegawai polis yang masih berkhidmat turut menerima pingat sama.

Dalam kejadian malang 15 Disember lalu, seorang pelajar Tingkatan 5, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun, maut selepas dipercayai dilanggar oleh pegawai kanan polis berpangkat Timbalan Superintenden, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira 12.05 tengah hari ketika Allahyarham dalam perjalanan pulang menunggang motosikal selepas tamat waktu sekolah berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, Perak.

Mangsa dikatakan memulas pendikit motosikal (rem) sehingga menyebabkan bunyi bising daripada ekzos motosikal yang difahamkan kepunyaan rakannya, sebelum didakwa mencetuskan kemarahan suspek yang sedang menunggu untuk mengambil isterinya yang juga guru di SMK Jati, iaitu tempat mangsa bersekolah.

Kereta dipandu suspek didakwa mengejar motosikal ditunggang mangsa sejauh kira-kira satu kilometer di kawasan sekitar, sebelum melanggarnya dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >