Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Johor catat peningkatan kes demam denggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor catat peningkatan kes demam denggi

Jan 03, 2024 | 11:00 AM



JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan peningkatan dalam kes demam denggi pada Minggu yang berakhir pada 31 Disember, dengan 311 kes dilaporkan.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Encik Ling Tian Soon, berkata bilangan itu meningkat sebanyak 28 peratus, berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 243 kes.

“Daripada jumlah kes denggi yang dilaporkan sepanjang minggu itu, sebanyak 86 kes iaitu 27.7 peratus dilaporkan dari lokaliti wabak dan 225 kes atau 72.3 peratus dari lokaliti bukan wabak.

“Daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru yang menyumbang 251 kes iaitu 80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, diikuti Kulai (32 kes, 10.3 peratus) dan Kluang (12 kes, 3.9 peratus).

“Muar pula dengan lima kes iaitu 1.6 peratus, Kota Tinggi (empat kes, 1.3 peratus), Batu Pahat (tiga kes, 1 peratus), Pontian (dua kes, 0.6 peratus) serta Tangkak dan Segamat masing-masing satu kes dengan 0.3 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada 2 Januari.

Beliau berkata daerah yang melaporkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya adalah Johor Bahru, Kulai, Kluang, Muar dan Pontian, lapor Berita Harian Malaysia.


Pada masa sama, tiada kematian dilaporkan, katanya.

Mengulas situasi semasa Covid-19 di Johor pula, Encik Ling berkata secara kumulatif terdapat 406,683 kes dilaporkan dengan 403,581 membabitkan jangkitan tempatan, manakala baki 3,102 kes import.

“Purata Kadar Insiden Harian Covid-19 adalah 8.27 untuk setiap 100,000 penduduk. Jumlah kes yang masih dalam rawatan di hospital sebanyak 108 kes dengan tujuh kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >