Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor digesa ambil langkah kurangkan sesak lalu lintas jelang CNY

Jan 28, 2024 | 12:29 PM
KESESAKAN DIJANGKA: Pemilik perniagaan berkata selain nilai dolar Singapura yang lebih kukuh, kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan  (GST) di negeri bandar itu juga menyumbang kepada lebih ramai rakyat Singapura datang untuk membeli-belah di Johor.
KESESAKAN DIJANGKA: Pemilik perniagaan berkata selain nilai dolar Singapura yang lebih kukuh, kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negeri bandar itu juga menyumbang kepada lebih ramai rakyat Singapura datang untuk membeli-belah di Johor. - Foto fail

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa Malaysia patut mengambil langkah perlu untuk mengurangkan kesesakan di Koswe dan Linkedua semasa Tahun Baru Cina (CNY) yang akan datang, kata Persatuan Pemandu Pelancong Johor.

Pengerusinya Encik Jimmy Leong, berkata ketibaan ke negeri ini akan meningkat pada masa itu dan ia baik untuk perniagaan tempatan.

“Orang ramai Singapura biasanya akan datang sebelum Tahun Baru Cina,” kata Encik Leong.

“Oleh itu, pihak berkuasa sepatutnya sudah memantau keadaan lalu lintas.

“Walaupun lorong kereta kelihatan lebih lancar, lorong bas, terutamanya di Linkedua, masih belum bergerak dengan cekap seperti yang diharapkan,” katanya

“Saya menerima banyak aduan mengenai perkara ini sejak hujung minggu lalu. Ini berlaku walaupun semasa Hari Natal dan Tahun Baru, jadi saya harap kerajaan negeri akan meneliti perkara ini,” tambahnya.

Dengan Tahun Baru Cina semakin hampir, perniagaan di Johor menikmati jualan yang baik, terutamanya daripada warga Singapura.

Pemilik perniagaan berkata selain dolar Singapura yang lebih kukuh, kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negeri bandar itu juga menyumbang kepada lebih ramai rakyat Singapura datang untuk membeli-belah.

Pemerintah Singapura menaikkan kadar GST kepada 9 peratus daripada 8 peratus pada awal 2024.

Cik June Lee, 37 tahun, yang menjual hiasan Tahun Baru Cina, berkata beliau telah mendapat ramai pelanggan sejak seminggu lalu.

“Tahun Baru Cina sentiasa merupakan masa yang amat sibuk bagi kami baik pelanggan tempatan atau Singapura.

“Namun, pada tahun ini, kami nampak semakin ramai pelanggan Singapura. Ini adalah petanda yang sangat baik dan saya percaya kenaikan kadar GST di sana dan dolar yang lebih kukuh merupakan sebabnya,” jelasnya.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia Johor, Encik Ivan Teo, berkata hotel juga mula menerima lebih ramai tetamu, terutamanya pada hujung minggu, sejak dua minggu lalu.

“Rakyat Singapura biasanya membeli-belah sempena Tahun Baru Cina di sini.

“Walaupun ada yang memilih untuk datang bersiar-siar siang hari, ada ramai yang bermalam di sini. Ia lebih masuk akal, terutamanya memandangkan hotel kami menawarkan kadar yang jauh lebih murah,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg