Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Johor kenal pasti 3 laluan LRT di Johor Bahru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor kenal pasti 3 laluan LRT di Johor Bahru

Nov 27, 2023 | 12:43 PM



ISKANDAR PUTERI: Johor telah mengenal pasti tiga kemungkinan laluan transit aliran ringan (LRT) yang menjangkau sejauh 30 kilometer (km) di dalam dan sekitar bandar Johor Bahru.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kajian pembangunan telah dijalankan sebelum ini oleh Penguasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) dan Perbadanan Pengangkutan Awam (PAJ) Johor.

“Kajian itu mencadangkan LRT perlu dibangunkan di Johor Bahru bagi melengkapkan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, yang dijangka siap pada awal 2027.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Irda dan PAJ, terdapat tiga laluan LRT yang dicadangkan.

“Laluan itu ialah laluan Tebrau, Skudai dan Iskandar Puteri, yang akan menjangkau sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Kulai,” katanya sambil menambah bahawa setiap laluan dijangka sepanjang kira-kira 10 km.

Encik Mohamad Fazli, juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pasir, berkata demikian semasa sidang media di Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar pada Ahad.

Beliau menambah, dengan adanya sistem LRT itu di Johor Bahru, ia juga akan melengkapkan projek pengangkutan lain seperti Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Transit Laju Bas, lapor The Star.


“Namun kajian menyeluruh masih diperlukan kerana kita perlu memastikan idea-idea ini mampu memenuhi keperluan trafik di Johor Bahru,” kata Encik Mohamad Fazli.

“Kita harus ingat trafik di Johor Bahru berbeza dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kerana kita terletak betul-betul bersebelahan dengan Singapura.

“Jadi, mesyuarat akan datang akan memutuskan apakah pilihan terbaik yang kita ada sebelum kita boleh menghantarnya kepada kerajaan persekutuan untuk mendapatkan kelulusan projek LRT,” ujarnya.

Semasa pembentangan bajet negeri 2024 pada 23 November, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata negeri itu juga mahu Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dihidupkan semula bagi merancakkan lagi ekonomi di negeri itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >