Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kerajaan Persekutuan lulus 510 projek RM4.7b di Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan Persekutuan lulus 510 projek RM4.7b di Johor

Feb 29, 2024 | 01:16 PM



JOHOR BAHRU: Warga Johor bakal meneroka lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 510 projek dengan kos sebanyak RM4.7 bilion ($1.33 bilion) di Johor sepanjang 2024.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara, selain memperkasa potensi negeri yang berjiran dengan Singapura itu sebagai hab ekonomi baru.

“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Jutaan penghargaan juga kepada Menteri Kabinet yang sebelum ini turun padang ke Johor bagi melihat sendiri keadaan di negeri ini.

“Semoga semua rencana ini direalisasikan sebaiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Terdahulu, beliau bersama delegasi kerajaan negeri menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri 12 Menteri Kabinet.

Datuk Onn Hafiz berkata mesyuarat seumpama itu kali pertama dibuat melibatkan kerajaan negeri dengan 13 kementerian berkaitan, dengan menumpukan penyelarasan secara menyeluruh untuk projek pembangunan yang berimpak tinggi di Johor.

Terdapat tujuh inisiatif dan projek pembangunan berimpak tinggi dibawa untuk perhatian menerusi mesyuarat berkenaan antaranya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ), projek naik taraf lebuh raya dan projek Rancangan Tebatan Banjir.

Selain itu, kerja menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2), naik taraf Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), projek penyuraian trafik dan naiktaraf pengangkutan awam di Johor Bahru dan projek bekalan Air Johor.

Dalam mesyuarat itu, Datuk Anwar mengarahkan Kementerian Ekonomi menyelaras mesyuarat di peringkat jawatankuasa kerja bagi menyusuli beberapa cadangan berhubung penubuhan JS-SEZ.

“Mesyuarat membincangkan status terkini kemajuan JS-SEZ dan (SFZ serta pelbagai projek lain untuk manfaat rakyat,” katanya lapor BHM.

Beliau berkata semua projek yang diluluskan untuk Johor merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >