Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes culik budak lelaki di JB: Polis tahan baki 3 suspek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes culik budak lelaki di JB: Polis tahan baki 3 suspek

Dec 21, 2023 | 10:39 AM



JOHOR BAHRU: Baki tiga suspek yang didakwa terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak berusia tujuh tahun berstatus Penduduk Tetap (PR) Singapura di Jalan Serampang di bandar ini telah ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Penolong Pesuruhjaya (AC) Raub Selamat, berkata ketiga-tiga pemuda tempatan itu ditahan di Pontian kira-kira 5.40 petang pada 20 Disember.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Baru hari ini (21 Disember) untuk mendapatkan perintah reman untuk kami menjalankan siasatan,” katanya, lapor The Star.


Pada 20 Disember, AC Raub dilaporkan berkata bahawa mangsa, seorang warga China berstatus PR Singapura, diculik tidak jauh dari pusat bandar kira-kira 4.30 petang pada 12 Disember.

Polis telah menahan suspek utama, seorang mekanik kereta berusia 41 tahun dan rakan perniagaan bapa mangsa, yang merancang penculikan itu bersama tiga yang lain, untuk mendapatkan wang tebusan RM300,000 ($85,609).

​Namun, tiada wang tebusan diberikan kepada mana-mana suspek kerana polis berjaya menahan suspek utama pada hari sama kejadian, dengan menahan reman suspek selama tujuh hari dan mengenakan tuduhan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Pemangku Ketua Polis Johor, Timbalan Pesuruhjaya, Encik M.Kumar, berkata:

“Bukan pertikaian perniagaan yang mencetuskan cubaan menculik, tetapi tamak dan tidak menghormati undang-undang. Mangsa dan suspek berhubung dengan baik sebelum kejadian.”

Encik Kumar berkata bapa kanak-kanak itu mengenali suspek selepas menghantar keretanya ke bengkel suspek di Taman Pelangi lebih enam bulan lalu.

Mereka kerap berhubung selepas ahli perniagaan itu menyatakan hasratnya untuk membuka bengkel di Taman Pelangi. Ahli perniagaan itu adalah warga China yang menetap di Singapura dengan status PR dan hanya dikenali sebagai ‘Lin’.

Sebelum ini tular bapa kanak-kanak itu yang berusia 40 tahun dilaporkan cedera parah termasuk hilang gigi ketika menyelamatkan anak lelakinya berusia tujuh tahun daripada menjadi mangsa culik.

Satu portal berita memaklumkan, kanak-kanak itu diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah Proton Wira Aeroback tanpa sebarang nombor pendaftaran.

Dilaporkan, bapa kanak-kanak itu bertindak mengejar kenderaan dinaiki suspek sebelum merempuh kenderaan itu menggunakan kenderaannya menyebabkan beliau mengalami kecederaan di muka.

Kenderaan suspek kemudian beredar sebelum bapa mangsa menemukan kenderaan itu ditinggalkan di tepi jalan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian rempuh.


Beliau kemudian menemukan anaknya berseorangan di dalam kenderaan itu, manakala semua suspek berjaya melarikan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >