Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes dadah: Polis buru 2 individu didakwa aniaya penyanyi M’sia, Eda Ezrin, 5 individu lain

Aug 11, 2025 | 1:02 AM
Penyanyi Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, atau Eda Ezrin, mendakwa beliau dianiaya oleh dua rakan – seorang wanita dan seorang lelaki – berhubung kes dadah yang dihadapinya.
Penyanyi Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, atau Eda Ezrin, mendakwa beliau dianiaya oleh dua rakan – seorang wanita dan seorang lelaki – berhubung kes dadah yang dihadapinya. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu Bae Sobar Bae, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, bersama suami dan rakannya berhubung kes dadah yang mereka hadapi sebelum dibebaskan mahkamah, sebagai konsisten.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kesemua mereka mendakwa telah dianiaya oleh dua rakan mereka, iaitu seorang wanita dan seorang lelaki.

Ketua polis itu turut memaklumkan bahawa dua rakan mereka itu sememangnya berada dalam pemantauan pihak polis sebelum ini berhubung kes dadah, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Polis akan mengesan dua individu yang disebut Eda Ezrin, dan yang lain untuk siasatan kerana kedua-duanya memang berada dalam pemantauan kami.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah kesemua (kenyataan) mereka termasuk Eda Ezrin, suami dan rakannya adalah selari.

“Mereka tidak mengaku dadah berkenaan milik mereka, sebaliknya mendakwa dianiaya oleh rakan,” kata Datuk Mohd Yusoff pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada 10 Ogos.

Datuk Mohd Yusoff menambah, pihaknya masih boleh memanggil Eda Ezrin bersama lima individu lain yang terlibat dalam kes itu sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Eda Ezrin bersama lima individu lain dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat pada 6 Ogos, selepas lebih sembilan bulan ditahan.

Mereka kemudian dihantar pulang ke Kelantan pada 31 Julai dan 1 Ogos sebelum polis mengambil keterangan mereka, antara tiga dengan lima jam, di Balai Polis Rantau Panjang dan IPK Kelantan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg