Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes tipu 1,614 jemaah di M’sia: Syarikat kendali umrah disiasat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes tipu 1,614 jemaah di M’sia: Syarikat kendali umrah disiasat

Nov 30, 2023 | 12:54 PM



KUALA LUMPUR: Satu syarikat pengendali umrah sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 399 laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah membabitkan 1,614 jemaah, dengan anggaran kerugian RM14.2 juta ($4.06 juta).


Semua laporan polis itu diterima bermula 1 Januari hingga 27 November.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata sebanyak 229 laporan polis sudah dirujuk ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

“Lima lagi laporan polis dirujuk ke majistret bagi tuntutan sivil ke atas syarikat terbabit, dan baki 104 laporan polis diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, rujuk lain laporan dan tiada kesalahan didedahkan.

“Kita sudah menjalankan tindakan siasatan antaranya merakam percakapan mangsa dan saksi dan mendapatkan resit transaksi pembayaran yang dibuat oleh mangsa dalam akaun bank yang terlibat.

“Selain itu, kita turut mendapatkan laporan penyata kewangan syarikat berkenaan,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Rekod PDRM menunjukkan jumlah laporan polis tertinggi dibuat di Selangor dengan 88 laporan, diikuti Kuala Lumpur (56), Terengganu (40), Johor (35), Kelantan (34), Melaka (24), Sabah (23), Perak (19), Kedah (18), Pahang dan Negeri Sembilan (17), Pulau Pinang (16), Sarawak (11) dan Perlis (satu).

Mengulas lanjut, Datuk Ramli berkata siasatan mendapati syarikat itu didaftarkan pada 2015 dan menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan termasuklah pelancongan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Kita dapati syarikat ini menawarkan pelbagai pakej umrah bermula dengan harga RM5,999 hingga RM11,490.

“Namun berdasarkan makluman Motac, pada awal 2023, kerajaan Arab Saudi menaikkan kos pengurusan umrah dan haji di negara tersebut meliputi harga penginapan, pengangkutan dan makan minum. Hal ini menjadikan kos pakej yang ditawarkan oleh syarikat ini tidak lagi relevan,” ujarnya.

Menurut Datuk Ramli, siasatan turut mendapati operasi syarikat itu dipercayai mula terganggu selepas negara dilanda pandemik pada 2020 dan masalah kewangan itu dipercayai menyebabkan syarikat tersebut menghantar kumpulan jemaah umrah pertama menggunakan wang bayaran oleh kumpulan jemaah umrah kedua.

Untuk rekod, katanya hasil siasatan Motac, syarikat itu sudah dijatuhi hukuman penggantungan lesen perniagaan umrah mulai 10 Julai 2023 sehingga 9 Januari 2024.

Syarikat itu dan kedua-dua pengarahnya juga sudah disenaraihitamkan pada 5 Oktober. 

Datuk Ramli berkata PDRM masih menjalankan siasatan lanjut dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Siasatan lanjut juga sedang dijalankan ke atas pengarah syarikat umrah terbabit yang terdiri daripada sepasang suami isteri, kedua-duanya berusia dalam lingkungan 40-an tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >