Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi pegawai agensi kerajaan M’sia disyaki terlibat rasuah

May 6, 2024 | 2:13 PM
Tiga pegawai kanan, termasuk pengurus besar, sebuah agensi kerajaan di Kelantan ditahan reman kerana disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah.
Tiga pegawai kanan, termasuk pengurus besar, sebuah agensi kerajaan di Kelantan ditahan reman kerana disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah. - Foto SINAR HARIAN MALAYSIA

KOTA BHARU: Tiga pegawai kanan, termasuk pengurus besar, sebuah agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman terhadap mereka hingga 9 Mei dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu Nik Haibri Muhamad selepas menerima permohonan SPRM pada 6 Mei.

Kesemua tiga suspek, berusia antara 40 hingga 49 tahun, disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Sinar Harian melaporkan mereka dipercayai ditahan pada 7.30 malam 5 Mei, ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Seorang lagi pegawai kanan yang ditahan SPRM pada 30 April pula disambung reman tiga hari dari 7 hingga 9 Mei untuk membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak 2023.

Suspek sebelum ini direman enam hari sebelum tamat pada 6 Mei.

Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang memberi fokus pada keberkesanan usaha pencegahan rasuah serta meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau berkata NACS, yang menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, akan dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Mei.

Pelancaran NACS merupakan langkah kerajaan dalam membangunkan suatu strategi pembanterasan rasuah.

Ia selari dengan Artikel 5 Konvensyen Terhadap Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) yang menetapkan semua negara anggota menghasilkan satu dokumen bagi rujukan utama inisiatif antirasuah pada peringkat nasional.

“NACP, yang berakhir pada 2023, telah dikenal pasti sebagai satu daripada faktor tidak langsung yang membantu kejayaan memperbaiki reputasi negara dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2019, yang mana Malaysia melonjak ke tangga ke-51 berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.

“Atas faktor ini, NACS dibangunkan dengan memberi penekanan pada lima strategi utama, iaitu pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan dan insentif,” katanya lapor Sinar Harian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg