Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 400 pemilik motosikal Ducati di M’sia berkonvoi ke pelbagai mercu tanda negara

May 8, 2025 | 5:12 PM
acara sedunia, we ride as one 2025, ducati
Acara sedunia ‘We Ride As One 2025’ menyaksikan penunggang Ducati berhimpun dan menunggang secara serentak di beberapa lokasi strategik termasuk Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Pulau Pinang dan Johor. - Foto BH ONLINE

KUALA LUMPUR: Lebih 400 pemilik motosikal Ducati dari seluruh negara menyertai acara global tahunan ‘We Ride As One 2025’ pada Sabtu lalu yang berlangsung serentak di lebih 65 negara sebagai simbol penyatuan peminat jenama ikonik itu di bawah panji semangat dan prestasi.

Edisi keempat acara yang dianjurkan secara berterusan di Malaysia itu, menyaksikan kerjasama erat antara rangkaian pengedar Ducati Malaysia dan Ducati Official Club Malaysia (DOCM), sekali gus mencerminkan pertumbuhan pesat komuniti Ducati di negara ini, lapor Berita Harian Malaysia.

Acara pada 2025 ini, menyaksikan penunggang Ducati berhimpun dan menunggang secara serentak di beberapa lokasi strategik termasuk Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Pulau Pinang dan Johor.

Lebih menarik, setiap kumpulan konvoi turut menjelajah dan meraikan keunikan pelbagai mercu tanda nasional seperti Menara Condong di Teluk Intan, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kluang Rail Coffee, Rumah Gadang Budi Gagu di Jelebu serta Menara Alor Setar.

Menurut Ducati Malaysia, objektif utama penganjuran acara ini adalah untuk mengukuhkan keterikatan jenama Ducati dengan komuniti penunggang melalui pengalaman bermakna yang dilaksanakan secara fizikal, sekali gus memperkukuh imejnya sebagai jenama gaya hidup premium yang sinonim dengan inovasi dan budaya tunggangan bertaraf global.

‘We Ride As One 2025’ bukan sahaja menjadi medan meraikan kecintaan terhadap motosikal berprestasi tinggi, malah mewujudkan jalinan perpaduan dan semangat setiakawan dalam kalangan peminat Ducati di seluruh dunia.

Acara ini turut membawa mesej jelas bahawa Ducati bukan sekadar jenama motosikal, tetapi satu gaya hidup yang menggabungkan prestasi, semangat dan komuniti tanpa sempadan.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg