SPH Logo mobile
Langgan|

Lelaki terselamat selepas batang besi tembus tengkorak dalam kemalangan motosikal di Kedah

Lelaki terselamat selepas batang besi tembus tengkorak dalam kemalangan motosikal di Kedah

Mar 16, 2025 | 3:01 PM

Lelaki terselamat selepas batang besi tembus tengkorak dalam kemalangan motosikal di Kedah

Batang besi yang menembusi tengkorak mangsa terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan menggunakan peralatan khas.
Batang besi yang menembusi tengkorak mangsa terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan menggunakan peralatan khas. - Foto JBPM

PETALING JAYA:  Seorang lelaki berusia 56 tahun hampir maut apabila batang besi menembusi tengkoraknya dalam kemalangan jalan raya di Sik, Kedah.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Encik Azlan Mahmood cedera parah di kepala apabila motosikal yang ditunggangnya tergelincir di Kampung Bukit Hangus, Jalan Jeneri, pada pagi 15 Mac.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sik, Penolong Penguasa Bomba, Superintenden (Supt) Mohd Jamil Mat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kawasan kejadian dan menghantar anggota ke sana.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati mangsa cedera parah dengan batang besi menembusi sisi wajahnya hingga ke kepala,” katanya.

Bantuan kecemasan diberikan sebelum Encik Azlan dibawa ke Hospital Sik oleh ambulans Yayasan Jariah Malaysia.

Supt Mohd Jamil berkata pembedahan untuk mengeluarkan batang besi tersebut menggunakan peralatan khas berjaya diselesaikan pada 12.05 tengah hari.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada hospital untuk rawatan lanjut,” tambahnya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg