Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lemang, ketupat tradisi masih jadi hidangan Raya di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lemang, ketupat tradisi masih jadi hidangan Raya di M’sia

Apr 11, 2024 | 03:17 PM



Tradisi makan ketupat dan lemang sebagai santapan ‘wajib’ di pagi Raya masih kekal sehingga kini, namun sesuai arus kemodenan, ramai memilih versi moden untuk menyiapkan hidangan itu.

Ketupat moden atau ekspres misalnya kini didatangkan dalam bentuk peket bungkusan plastik, begitu juga lemang yang boleh didapati dalam versi sama, namun direbus dan bukannya dibakar seperti kebiasaan.

Namun, di sebalik versi mudah dan pantas yang tersedia itu, masih ramai di Malaysia yang kekal dengan ciri tradisi untuk menyediakan hidangan itu.

Di Selangor umpamanya, Hulu Klang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai bahan mentah untuk penyediaan ketupat dan lemang secara tradisional termasuk daun ketupat dan buluh lemang.

Bagi peniaga daun ketupat, Cik Irna Nur Awi, 23 tahun, walaupun ketupat kini boleh diperoleh dalam pembungkusan plastik yang lebih mudah dan cepat disediakan, masih ramai tetap mahu mengekalkan kaedah tradisional menyediakan ketupat.

“Walaupun berada di ibu kota dan bandar besar, ketupat daun tetap ada peminatnya tersendiri kerana bukan semua orang mahukan yang ekspres dan mudah.

“Masih ramai yang setia dengan penyediaan ketupat secara tradisional menggunakan daun kelapa.

“Cuma bezanya dulu mereka beli daun dan anyam sendiri menjadi ketupat. Kini mereka boleh dapatkan yang sudah siap dianyam dan hanya tinggal isikan beras ke dalamnya dan direbus untuk menghasilkan ketupat,” katanya kepada Berita Harian.


Menurut Cik Irna, ketupat daun mengeluarkan aroma dan rasanya lebih sedap, cuma jangka hayatnya kurang lama berbanding yang moden.

“Untuk pastikan ia tahan lebih lama, ketupat perlu digantung supaya ia berangin dan tidak lembap, jadi ia akan tahan lebih lama,” katanya.

Cik Irna akan mula berniaga tiga hari sebelum Aidilfitri kerana daun ketupat siap dianyam tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan mengering.

“Untuk 10 biji daun ketupat yang siap dianyam harganya RM10 ($2.85).

“Alhamdulillah setiap hari kami dapat jual 2,000 biji. Pelanggan saya bukan warga emas atau golongan veteran saja, tetapi juga golongan muda yang menghargai sajian tradisi ini,” katanya.

Peniaga lemang tersohor di Hulu Klang, Cik Badriah Najib Hasbi, 44 tahun, yang mewarisi perniagaan peninggalan bapanya, berkata beliau bukan saja menjual lemang siap dimasak, bahkan buluh lemang kerana banyak permintaan pelanggan.

“Di kedai saya selain lemang siap dimasak, buluh lemang juga ada dijual kerana ramai pelanggan gemar memilih membakar lemang sendiri, cuma tidak tahu cara untuk mencari buluh membuat lemang.

“Jadi di sini saya sediakan jualan buluh lemang juga yang berharga RM2 sebatang.

“Saya dapatkan bekalan buluh daripada penduduk Orang Asli di kawasan sekitar sejak puluhan tahun lalu. Jadi mereka sudah tahu mutu yang saya inginkan,” katanya.

Cik Badriah yang juga pemilik perniagaan Lemang Pak Ali, menjual lemang siap dimasak pada harga bermula RM18 hingga RM28 sebatang, bergantung pada saiz lemang.

“Selain lemang, di sini juga pelanggan boleh dapatkan pelbagai juadah lain seperti rendang, ketupat palas, serunding, kuih Raya dan pelbagai lagi.


“Pendek kata di sini semua hidangan Raya ada di bawah satu bumbung,” katanya menjelaskan harga lemang jualannya pada 2024 berubah berbanding 2023 kerana peningkatan kos.


Pelanggan Lemang Pak Ali, Encik Amin Mat Aki, 44 tahun, berkata beliau adalah pelanggan setia di kedai itu dan akan mendapatkannya pada setiap kali Aidilfitri untuk dijadikan hidangan Raya dan disedekahkan kepada keluarga.

“Lemang di sini memang sedap dan ‘ori’ (asli) kerana menggunakan bahan premium. Malah, rasanya juga sedap berbanding di tempat lain.

“Bagi saya pembuatan lemang yang sedap memerlukan santan segar dan tempoh memasak yang tepat dengan kawalan api yang betul,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >