Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah Agung Perancis tolak bantahan waris didakwa Kesultanan Sulu

Nov 7, 2024 | 1:10 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said (depan dua dari kanan), bersama delegasi Malaysia menghadiri perbicaraan di Mahkamah Agung Perancis di Paris bagi mendengar rayuan kumpulan mendakwa Kesultanan Sulu pada September lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said (depan dua dari kanan), bersama delegasi Malaysia menghadiri perbicaraan di Mahkamah Agung Perancis di Paris bagi mendengar rayuan kumpulan mendakwa Kesultanan Sulu pada September lalu. - Foto FACEBOOK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memperoleh kemenangan besar apabila Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya pihak yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu (“Para Penuntut”) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia adalah satu keputusan bersejarah yang menyebelahi Malaysia dalam kes berkenaan.

Katanya keputusan penting itu bermakna asas awal bagi Final Award yang mengarahkan Malaysia membayar AS$14.9 bilion ($19.83 bilion), tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.

“Mahkamah Rayuan Paris kini akan meneruskan proses untuk membatalkan Final Award yang kononnya dikeluarkan Dr Gonzala Stampa dan akan menyelesaikan perkara ini secara muktamad demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Juga terima kasih kepada Peguam Negara, Kerajaan Sabah, pejabat Peguam Negara, Kedutaan Malaysia di Perancis serta kementerian dan agensi yang terbabit dan semua pihak lain yang menyumbang kepada usaha ini,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada September lalu, Mahkamah Agung Belanda juga menolak rayuan difailkan pihak Sulu terhadap Malaysia, sekali gus menamatkan cubaan pihak yang menuntut itu untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.

Tuntutan itu adalah untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Final Award diberikan Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022.

Datuk Hajiji ketika mengulas keputusan Mahkamah Agung Belanda itu menyifatkan keputusan itu sebagai berita baik untuk Sabah dan Malaysia.

Katanya keputusan muktamad itu sangat penting kepada Sabah dan negara keseluruhannya kerana ia akhirnya menamatkan tuntutan ke atas Sabah yang tidak pernah diiktiraf Malaysia.

Beliau berkata pengakhiran kes itu sekali gus mengukuhkan kedaulatan Sabah yang tidak boleh diganggu gugat oleh pihak luar.

“Mahkamah Agung sudah membuat keputusan yang memihak kepada Malaysia, sekali gus menamatkan tuntutan yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi,” katanya, baru-baru ini.

Laporan berkaitan
Kes penculikan lalu di SabahJul 9, 2024 | 11:00 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg