Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mangsa banjir di Johor meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mangsa banjir di Johor meningkat

Jan 07, 2024 | 05:30 PM



JOHOR BAHRU: Selepas situasi banjir di daerah Kota Tinggi kembali buruk, empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka semula.


Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani pada 7 Januari, jumlah mangsa banjir di daerah itu meningkat kepada 229 orang daripada 60 keluarga pada 12 tengah hari.

Ini berbanding 84 orang daripada 19 keluarga pada 10 pagi, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada tiga PPS yang beroperasi di Kota Tinggi sejak 8 malam pada 6 Januari, jumlah keseluruhan PPS yang dibuka adalah tujuh.

“Hingga tengah hari 7 Januari, empat daerah di Johor terjejas ekoran banjir dan 10 PPS sedang beroperasi.

“Jumlah mangsa banjir di Johor kini meningkat kepada 456 orang daripada 125 keluarga, berbanding 338 orang daripada 92 keluarga pada 10 pagi Ahad (7 Januari),” kata beliau dalam satu kenyataan pada hari tersebut.

Tan Sri Dr Azmi menyatakan bahawa di Mersing, satu PPS ditutup dan kini jumlah mangsa banjir di daerah itu direkodkan seramai 123 orang daripada 32 keluarga di satu PPS.

Beliau menambah bahawa di Kluang dan Segamat masing-masing mempunyai satu PPS beroperasi yang menempatkan 84 orang daripada 28 keluarga dan 20 orang daripada lima keluarga.

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor, tiga jalan di Kota Tinggi masih dinaiki air, dengan Jalan Mawai Lama masih dibuka hanya untuk kegunaan kenderaan berat.

Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Kota Tinggi-Kulai pula kedua-duanya ditutup untuk laluan bagi semua jenis kenderaan.

Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 7 Januari di semua daerah di Johor, namun tiada sebarang amaran ribut petir dikeluarkan di mana-mana kawasan.

Sejak 4 pagi sehingga tengah 7 Januari, semua daerah di Johor dilaporkan masih hujan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >