Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maritim M’sia tumpas sindiket dadah antarabangsa

1,301 kg dadah dianggar bernilai RM27j dilupus
Sep 21, 2023 | 5:12 PM
DADAH DILUPUS: Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pengurusan), Encik Khairul Anwar Bachok (dua dari kiri), menunjukkan dadah yang dirampas dan dilupus menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Rabu.
DADAH DILUPUS: Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pengurusan), Encik Khairul Anwar Bachok (dua dari kiri), menunjukkan dadah yang dirampas dan dilupus menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Rabu. - Foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

SEREMBAN: Laluan laut di sempadan Malaysia-Thailand dekat Satun menjadi jalan pintas sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga tempatan untuk menyeludup bahan terlarang ke negara ini.

Dadah dari Laos, Kemboja dan Myanmar dibawa ke ibu kota bagi pasaran tempatan dan ada yang dibawa terus ke selatan Semenanjung untuk diseludup ke negara jiran dan Australia menggunakan jalan laut.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Encik Khairul Anwar Bachok, beberapa serbuan dijalankan agensi itu di Perlis, Kedah dan Johor sejak 2020 membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah seberat 1,301 kilogram (kg) dianggar bernilai RM27 juta ($7.87 juta).

Encik Khairul Anwar berkata dadah berkenaan cuba diseludup masuk ke Malaysia melalui negeri di utara dipercayai untuk pasaran tempatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan Malaysia turut dijadikan transit sebelum diseludup keluar melalui Johor.

“Di utara, kami mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Thailand yang memaklumkan sumber dadah ini dari Laos, Kemboja dan Myanmar. Ada yang diedarkan untuk pasaran tempatan dan dibawa ke ibu kota.

“Sejak 2018 hingga sekarang, seramai 86 warga tempatan dan 20 warga asing ditahan bagi tiga Zon Maritim ini. Bagaimanapun, kebanyakan dadah yang dilupuskan hari ini tidak membabitkan tangkapan suspek yang mana proses perbicaraan lebih cepat untuk dilucuthakkan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia.

Encik Khairul berkata semua dadah itu dilupuskan menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator yang diuruskan Cenviro Sdn Bhd.

“Kaedah ini cara selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah tanpa mencemari alam sekitar.

“Dadah ini adalah hasil rampasan dilakukan Zon Maritim Kuala Kedah, Kedah/Perlis dan Tanjung Sedili serta Batu Pahat, Johor, dari 2020 hingga awal 2023,” katanya.

Tegas beliau, Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara khususnya di lokasi titik panas yang disyaki menjadi lokasi kegiatan jenayah penyeludupan dadah di laut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg