Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M’sia: Dua orang ditemui maut dalam bilik tong karbon dioksida

Jan 17, 2024 | 6:42 PM
TERPERANGKAP: Anggota bomba kelihatan memecah masuk sebuah bilik penyimpanan tong karbon dioksida selepas menerima panggilan dua orang terperangkap di dalamnya pada 17 Januari.
TERPERANGKAP: Anggota bomba kelihatan memecah masuk sebuah bilik penyimpanan tong karbon dioksida selepas menerima panggilan dua orang terperangkap di dalamnya pada 17 Januari. - Foto FACEBOOK/JBPM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai terperangkap dalam satu bilik simpanan, terletak di sebuah kawasan pembinaan di Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Kejadian berlaku di Kondominium Pasifik Taman Likas Jaya, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan pada 17 Januari petang, dan stor tersebut, didapati menyimpan tong karbon dioksida.

Menurut kenyataan itu, JPBP Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi mengenai satu kejadian melibatkan orang yang terperangkap di dalam bilik itu.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima, katanya.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Encik Evan Bobby berkata, terdapat dua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam bilik tersebut yang dikenal pasti sebagai lelaki dan wanita.

Pasukan Bomba bertindak membuka pintu bilik itu dengan menggunakan peralatan khas sehingga pintu tersebut berjaya dibuka.

Didapati, mangsa tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri, kata JBPM lagi.

Bomba kemudian menyerahkan kedua-dua mangsa kepada pihak polis selepas dikeluarkan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Media tempatan menyatakan identiti kedua-dua mangsa belum diketahui setakat ini.

Pegawai Operasi BBP Kota Kinabalu, Mohammad Hannis Moktar berkata kedua-dua mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg