Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M’sia mahu pertingkat bekalan beras tempatan kepada 75% jelang 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia mahu pertingkat bekalan beras tempatan kepada 75% jelang 2025

Nov 06, 2023 | 03:47 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia mahu menaikkan kadar sara diri (SSR) bagi beras kepada 75 peratus menjelang 2025 melalui daya usaha SMART Padi Berskala Besar (SMART SBB).


Sehingga 2022, SSR beras berada pada 62.6 peratus, telur ayam dan itik 108.9 peratus, sayur-sayuran 44.7 peratus, dan buah-buahan 78.1 peratus, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.

Beliau berkata di bawah SMART SBB, produktiviti padi akan dipertingkat menerusi Model Mini Sekinchan dan projek rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.

“Matlamat pelaksanaan Program SMART SBB adalah untuk mencapai SSR beras negara kepada 75 peratus menjelang 2025 dan 80 peratus menjelang 2030”, katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Datuk Chan juga berkata kementeriannya sedang mengkaji cara untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran seperti halia, kubis dan cili.

Di bawah Dasar Agro Negara 2.0, katanya, kementerian menyasarkan untuk mencapai SSR buah dan sayur masing-masing pada 83 peratus dan 79 peratus menjelang 2030.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mahu mengetahui jenis tanaman serta ternakan yang sedang diberikan tumpuan bagi menambah baik Tahap Sara Diri supaya dapat meningkatkan keterjaminan dan mengurangkan kebergantungan import makanan.

Datuk Chan berkata ketika ini kementeriannya memantau status bekalan lapan komoditi makanan utama iaitu beras, sayur, buah, ayam/itik, telur ayam/itik, daging lembu, susu segar dan ikan makanan.

“Kadar SSR yang dicatatkan bagi bahan makanan utama bagi 2022, adalah beras (62.6), sayur (44.7), buah (78.1), daging lembu (14.7), ayam/itik (94.4), telur ayam/itik (108.9), susu segar (57.3) dan ikan makanan (90.2),” katanya.

Menjawab soalan tambahan berhubung langkah kementerian memulihkan stigma golongan muda yang menjauhi sektor pertanian, beliau berkata strategi baru yang dilakukan antaranya adalah program usahawan tani muda.

Katanya, program itu membantu dan menggalakkan pembabitan golongan muda antaranya dengan memberikan bantuan dalam bentuk barangan bernilai RM20,000 ($5,787) bagi setiap individu.

“Pada 2021, seramai 96 orang penternak muda menerima bantuan bernilai RM1.92 juta manakala pada 2022, seramai 77 penternak muda mendapat bantuan berjumlah RM1.54 juta,” katanya. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >