Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M’sia: Polis pantau lelaki dakwa keturunan Nabi, mahu bina ‘Kerajaan 9’; madrasah terlibat sangkal tuduhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Polis pantau lelaki dakwa keturunan Nabi, mahu bina ‘Kerajaan 9’; madrasah terlibat sangkal tuduhan

Feb 21, 2024 | 09:27 PM



Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau seorang lelaki yang mendakwa dirinya warganegara Maghribi dan mempunyai jalur keturunan Nabi Muhammad saw serta pengikutnya.


Ini selepas beberapa laporan diterbit akhbar Malaysia, Harian Metro (HM) baru-baru ini, mendedahkan seorang mudir dari sebuah madrasah di Selangor yang didakwa mempromosikan lelaki itu dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ bagi urusan mengutip dana awam secara tidak sah.


Akhbar itu juga melaporkan pengikut Mawla Amin didakwa membeli tanah untuk cuba mewujudkan satu perkampungan ‘Kerajaan 9’ di Melaka’ sebagai persiapan akhir zaman bagi pengikutnya.

Susulan itu, pihak pengurusan Madrasah terbabit dalam satu sidang media pada 21 Februari telah menyangkal dakwaan itu serta beberapa dakwaan lain diterbit akhbar tersebut dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

HM pada pagi 21 Februari, melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kepada akhbar itu, pihak PDRM sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, pihak terbabit dipercayai juga sudah membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka.

“Kita ada maklumat itu dan buat masa ini kita masih memantau pergerakan Mawla Amin terbabit bersama pengikutnya,” katanya.

HM, dalam satu laporan terdahulu, pada 20 Februari bertajuk ‘Eksploitasi nasab suci Nabi’ juga menyatakan individu dikenali sebagai Mawla Amin itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang nasab Nabi.

Akhbar itu menukil kenyataan surat maklum balas daripada Kementerian Luar Maghribi, Bahagian Hal Ehwal Asean, yang menyatakan bahawa Mawla Amin adalah warga Perancis-Algeria dan mengambil kesempatan terhadap reputasi ulama Maghribi.

Susulan isu itu, madrasah terlibat, iaitu madrasah Darul Uloom Nur Al-Mustafa, mengadakan satu sidang media disiarkan di media sosial sekitar 3 petang, 21 Februari, yang diikuti wartawan Berita Harian (BH).


Dalam sidang itu, pihak pengurusan madrasah itu mengumumkan ia telah melantik satu pasukan guaman dibentuk tiga syarikat guaman bagi melanjutkan tindakan undang-undang yang sesuai, selain menyangkal beberapa dakwaan yang diterbit HM.

Menyusuli dakwaan pembelian tanah bagi pembinaan sebuah ‘Kerajaan 9’, pengerusi madrasah itu dikenali sebagai Ustaz Hj Hasnul Hakim Muhammad Zain, menyatakan bahawa masing-masing adalah fitnah “paling buruk” dan “melampau”.

Beliau berkata pada asalnya, pihaknya mempunyai perancangan untuk membina sebuah pusat pengajian islam bertemakan ‘kota cinta’.

Namun menurutnya, itu hanya sekadar cadangan yang masih jauh kerana tidak berkemampuan disebabkan tentangan dari segi dana.

Beliau juga berkata pihak madrasah tidak pernah mengutip dana awam dan kesemua program madrasah diadakan secara percuma, dan diterbit secara langsung dalam talian dan tidak secara tersembunyi.

Ustaz Hakim juga berkata pihaknya menafikan secara keras-kerasnya, menggunakan Mawla Amin sebagai “magnet duit” untuk mendapatkan kutipan dana.

Beliau menjelaskan Mawla Amin hanya pendakwah undangan khas madrasah kendaliannya dan tidak terlibat dalam urusan operasi harian madrasah itu.

Mawla Amin dijemput bagi program dan majlis tertentu madrasah itu yang mana peserta program sendiri membayar yuran atas permintaan peserta sendiri, jelas Ustaz Hakim lagi.

“Dia tidak ada kaitan dengan operasi madrasah harian atau apa-apa hal ehwal sekalipun di madrasah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >