Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Murtabak atau Martabak? Dewan Bahasa dan Pustaka kongsi ejaan tepat

Mar 14, 2024 | 2:45 PM
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memuat naik infografik pada 11 Mac di akaun Instagram bagi menjelaskan ejaan tepat yang seringkali dieja salah.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memuat naik infografik pada 11 Mac di akaun Instagram bagi menjelaskan ejaan tepat yang seringkali dieja salah. - Foto DBP

KUALA LUMPUR: Beriani atau Briyani?

Hidangan ini seringkali menjadi perdebatan kerana perbezaan pendapat dalam kalangan individu mengenai ejaannya.

Tetapi bagi menjelaskan ejaan tepat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – badan bertanggungjawab bagi menyelaras penggunaan dan kesusasteraan Bahasa Melayu – mengeluarkan infografik yang menyatakan ejaan tepat adalah beriani.

Antara lain, infografik yang dimuat naik di Instagram DBP pada 11 Mac itu turut mengetengahkan beberapa perkataan yang menurutnya seringkali dieja kurang tepat seperti Tarawih (tidak tepat adalah Terawih), Bazar (tidak tepat adalah Bazaar) dan lain-lain.

View post on Instagram
 

Infografik itu dimuat naik sempena menyambut Ramadan (salah satu perkataan yang diketengahkan DBP) setelah umat Islam lazimnya akan ke bazar untuk membeli juadah berbuka.

Infografik tersebut mengundang beberapa reaksi berbeza daripada warga net setelah ada mempersoalkan ejaan beberapa perkataan yang diketengahkan.

Antaranya ialah Martabak (yang seringkali disebut dan dieja sebagai Murtabak).

Menerusi ruang komen, salah seorang warga net menjelaskan ia agak ganjil untul sebut martabak memandangkan sudah sekian lama hidangan itu dipanggil sebagai murtabak.

Begitu juga hidangan berasaskan mi iaitu kuetiau (atau biasanya dieja kurang tepat sebagai kuetiow).

Salah seorang pengguna vijaynair_ berkata: “Apa benda ni? Salah sangat ke ejaan asal. Asal murtabak (atau martabak) ialah muttabaq... mutta bermakna telur dalam Bahasa Tamil.

“Dan kuetiau adalah Kuey Teow. Hentikan daripada mengambil makanan yang berasal dari budaya lain, lalu ubah ejaannya dan jadikan ejaan sendiri!”

Terdapat beberapa warga net yang turut menyuarakan percanggahan pendapat terhadap Ramadan dan Ramadhan – ejaan yang seringkali digunakan di Indonesia.

Sehingga ada yang menyatakan bahawa mereka akan terus menggunakan ejaan kurang tepat yang telah digunakan sejak sekian lama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg