Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Najib mohon Menteri Komunikasi M’sia turunkan tayangan dokumentari dari Netflix

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Najib mohon Menteri Komunikasi M’sia turunkan tayangan dokumentari dari Netflix

Jan 12, 2024 | 03:18 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, memohon Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil supaya menurunkan dan melarang tayangan dokumentari bertajuk ‘Man on the Run’ dalam perkhidmatan aplikasi kandungan, Netflix.

Dokumentari itu yang diterbit beberapa bulan lalu, mengupas tentang saga skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam satu surat menyatakan, ini kerana pihak yang diwawancara dalam dokumentari itu menyatakan pelbagai perkara terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan yang antara lain bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah, lapor Berita Harian Malaysia.


Subjudis bermakna sesuatu perkara yang masih dipertimbangkan oleh mahkamah dan disebabkan itu, ia tidak boleh diperkatakan dalam kalangan khalayak orang ramai.

Tan Sri Muhammad Shafee berkata, pernyataan terhadap anak guamnya itu belum dan tidak pernah dibuktikan sama ada melalui keterangan dokumentari atau lisan saksi yang dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan, termasuk kes 1MDB.

“Turut ditegaskan ialah pernyataan oleh pihak diwawancara terbabit satu penghinaan mahkamah terhadap prosiding yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dengan itu, ia menjadi satu penghinaan mahkamah menerusi istilah subjudis.

“Selain itu, nas undang-undang ‘common law’ (undang-undang statut) yang memutuskan sesuatu penghinaan mahkamah dikatakan berlaku jika wujud terbitan atau perbincangan umum berkenaan prosiding mahkamah yang masih berlangsung atau perkara berkenaan dengannya, iaitu keputusan muktamad belum lagi dibuat oleh mahkamah.

“Jelas pernyataan oleh pihak diwawancara dalam dokumentari berkenaan satu penghinaan mahkamah,” katanya menerusi surat bertarikh pada 11 Januari.

‘Man on the Run’ merupakan satu dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1MDB yang ditayangkan di Malaysia pada 19 Oktober 2023.

Ia turut memaparkan temu bual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Cik Clare Rewcastle-Brown; dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Baru-baru ini, Encik Fahmi dilaporkan mengesahkan belum menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung permohonan untuk menghalang tayangan dokumentari berkenaan melalui Netflix.

Pengesahan oleh jurucakap Kerajaan Perpaduan itu susulan 8 Januari lalu, Najib mengemuka permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Netflix mengeluarkan ‘Man on the Run’ daripada tayangan di negara Malaysia.

Selain itu, Tan Sri Muhammad Shafee mencadangkan kepada pihak berkaitan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap produksi dan pengarah dokumentari berkenaan.

“Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntuk larangan terhadap pemberian kandungan jelik.

“Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang,” katanya.

Peguam kanan itu percaya Fahmi, Mohamad Salim dan Zulkarnain prihatin serta mengambil maklum terhadap wujudnya keperluan untuk melindungi hak Najib bagi perbicaraan yang adil tanpa fitnah atau penghinaan mahkamah.

“Ia mahupun pernyataan di luar mahkamah yang bersifat prejudis dan menghina mahkamah yang sudah pasti berkemampuan untuk menjejaskan hak anak guam untuk mendapatkan perbicaraan adil.

“Kami amat berharap cadangan seperti terkandung dalam surat diberi perhatian sewajarnya dan diambil tindakan oleh pihak berkaitan,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >