Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Padu dilancar pasti subsidi sampai ke sasaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Padu dilancar pasti subsidi sampai ke sasaran

Jan 02, 2024 | 04:49 PM



PUTRAJAYA: Pangkalan Data Utama (Padu) yang dilancarkan Kerajaan Malaysia dijangka dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata pelancaran Padu adalah sejajar dengan pendekatan transformasi digital negara dan penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Malah, katanya, dengan adanya sistem maklumat bersepadu itu akan menjamin bantuan dan subsidi dapat dinikmati mereka yang berhak.

“Subsidi yang diberikan kerajaan mencecah RM80 bilion ($22.93 bilion). Dalam semua kajian, (subsidi) tidak sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran.

“Sistem Padu adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital dan menjamin manfaat kemudahan dinikmati orang berhak dan tentunya dengan cara itu (dapat) kurangkan kos dan ketirisan,” katanya pada pelancaran Padu di Putrajaya, pada 2 Januari, lapor Berita Harian Malaysia.


Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; dan Menteri Digital, Encik Gobind Singh Deo.

Mengulas lanjut Datuk Anwar berkata penyasaran semula subsidi penting memandangkan ketika ini subsidi yang mencecah RM80 bilion turut dinikmati golongan kaya dan bukan warganegara.

Beliau berkata penyasaran semula subsidi membabitkan elektrik memperlihatkan golongan kaya yang menjadi pengguna tinggi elektrik tidak lagi menikmati subsidi.

Katanya, penyasaran semula subsidi elektrik itu membolehkan penjimatan lebih RM4 bilion.

Sistem Padu dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta Kerajaan Negeri.

Hasil daripada komitmen dan kesungguhan semua yang terbabit, Padu dapat direalisasikan dalam tempoh enam bulan.

‘Padu Go-Live’ bermula 2 Januari dan ia akan dibuka sehingga 31 Mac 2024 kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian maklumat individu.

Pengemaskinian itu penting bagi membolehkan kerajaan mempunyai maklumat terkini dan memastikan tiada individu yang tercicir daripada menerima bantuan selayaknya.

Dalam pada itu Datuk Anwar turut meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, supaya memantau pelaksanaan sistem Padu agar ia mencapai matlamat yang diidamkan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengingatkan jentera kerajaan agar tidak meninggalkan masyarakat miskin bandar, pedalaman dan desa dalam pelaksanaan Padu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >