Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAS yakin PN menang pilihan raya kecil di Johor

Sep 7, 2023 | 1:45 PM
ADU BENDERA: Bendera pelbagai parti politik dipasang di jalan-jalan raya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor pada 9 September 2023.
ADU BENDERA: Bendera pelbagai parti politik dipasang di jalan-jalan raya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor pada 9 September 2023. - Foto THE STAR

MUAR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yakin badai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang terhenti di Melaka akan bertiup kembali ke arah Muar, Johor, melalui pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.

Pesuruhjaya PAS Johor, Encik Abdullah Husin, berkata badai itu sudah menunjukkan petanda selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos lalu dan dijangka bergerak pada dua PRK pada 9 September itu.

“Sewaktu PRU15, badai itu hanya sampai di Melaka dan kemudiannya bertukar menjadi angin sepoi-sepoi bahasa sebaik tiba di Muar.

“Sebab itulah kita (Perikatan Nasional (PN)) kalah sedikit di Parlimen Muar, tetapi kali ini kita menjangkakan badai itu kembali bergerak di Simpang Jeram serta Pulai dan seterusnya seluruh negeri ini (Johor),” katanya ketika berucap di ‘Sembang Pemuda Best’ di pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri, Sungai Abong, pada Rabu malam.

Encik Abdullah dipetik akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) berkata bahawa dengan senario politik yang melanda seluruh Malaysia sekarang, beliau yakin PN, terutama PAS, salah sebuah parti komponennya, akan menambah satu lagi kerusi, iaitu Simpang Jeram, menjadikan ia menguasai empat kerusi DUN kesemuanya.

“Sekarang ini, PN ada tiga kerusi, iaitu dua milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala satu lagi kerusi milik PAS.

“Kita nak pastikan tambahan satu lagi kerusi pada 9 September ini, untuk dijadikan empat kerusi bagi PN,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg