Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pegawai bunuh pelajar: Polis M’sia nafi wujud pilih kasih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pegawai bunuh pelajar: Polis M’sia nafi wujud pilih kasih

Dec 19, 2023 | 12:43 PM



IPOH: Polis Malaysia menafikan wujud pilih kasih atau ‘double standard’ berkaitan layanan terhadap pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar tingkatan lima, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, pada 18 Disember.


Menafikan perkara yang menjadi bualan ramai itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, menjelaskan tiada layanan istimewa terhadap tertuduh berpangkat Timbalan Superintendan (DSP) itu.

Sebaliknya beliau berkata kawalan ketat diambil untuk menjaga ketenteraman awam di kawasan mahkamah, susulan kes berkenaan menarik perhatian umum secara meluas.

Katanya, kawalan sebegitu juga prosedur biasa seperti pesalah biasa yang menghadapi perbicaraan membabitkan kes yang menarik perhatian ramai.

“Malah, kita tak anggap kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) juga seperti mana pesalah biasa, cuma ia menarik perhatian dan kita perlu ada kawalan yang ketat.

“Jadi tidak ada isu ‘double standard’. Seperti pesalah lain, anggota polis mengiringinya dari balai untuk dibawa ke mahkamah, seterusnya dihadapkan kepada hakim, ia adalah proses biasa,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 18 Disember.


Beliau terdahulu berkunjung ke kediaman keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa, Ipoh. Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Encik Johari Kassim.

Terdahulu, pengamal media yang berhimpun di Mahkamah Ipoh untuk membuat liputan kes mendedahkan bahawa media disekat daripada bebas membuat liputan, tidak seperti kes bunuh lain yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang sama.

Bagi prosiding di dalam mahkamah pula, hanya seorang pengamal media mewakili setiap agensi dibenarkan masuk kamar perbicaraan yang turut dikawal polis.

Ia susulan kawalan ketat polis di kawasan mahkamah ketika tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat sekurang-kurangnya lima anggota polis lengkap memakai topeng muka dan berpakaian gelap.

Mohd Nazri yang wajahnya ditutup dengan jaket hitam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun, pada 15 Disember 2023.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Kinta, Ipoh, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari.

Ketika kejadian malang itu, Allahyarham Muhammad Zaharif menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Abang mangsa, Encik Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29 tahun, berkata keluarganya masih berduka dengan kehilangan Allahyarham, namun semakin menerima kenyataan dan lega tertuduh sudah dihadapkan ke muka pengadilan.

“Keadaan emak dan ayah selepas pelaku didakwa di mahkamah makin stabil, emosi mereka tenang dan boleh menerima kenyataan serta lega. Apa yang kami harapkan ialah keadilan untuk adik dan pelaku mesti dikenakan hukuman,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >