Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekedai di Mid Valley JB dakwa lelaki pecahkan kabinet pameran, enggan bayar ganti rugi

Feb 15, 2024 | 6:17 PM
Lelaki yang dipercayai warga Singapura dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas kabinet yang pecah setelah diduduknya.
Lelaki yang dipercayai warga Singapura dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas kabinet yang pecah setelah diduduknya. - Foto FACEBOOK 杂锦站

JOHOR: Seorang lelaki di Johor Bahru dengan tidak sengaja telah memecahkan sebuah kabinet di sebuah kedai di pusat beli belah popular Mid Valley Southkey Mall apabila beliau duduk di atasnya.

Pekerja di kedai perabot itu cuba menahannya dan minta ganti rugi tetapi lelaki Cina itu tidak mahu bertanggungjawab dan mengatakan bahawa beliau telah tercedera dari jatuh, dan boleh menyaman kedai itu atas kecederaan pada pinggang yang dialaminya.

Lagipun, lelaki itu juga mendakwa kabinet itu memang tidak kuat dan tidak patut diletakkan di situ, dan tidak ada papan tanda memberitahu pelalu-lalang supaya jangan duduk di atasnya.

Reaksi lelaki itu telah dirakam dan dikongsikan di sebuah kumpulan Facebook.

Pekerja kedai kedengaran sedang meminta ganti rugi tetapi lelaki yang dipercayai warga Singapura itu tidak mengendahkan permintaannya dan terus bergaduh lalu meninggalkan tempat kejadian.

Menurut laporan lain, pusat beli belah Mid Valley Southkey tidak memberi sebarang komen dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg